Tradisi Kecantikan Kaki Di China

1

Beberapa dekad yang lalu wanita di China pernah mengamalkan budaya teradisi kecantikan kaki yang aneh dan tidak keterlaluan saya katakan ia adalah satu bentuk kezaliman terhadap wanita..

Budaya masyarakat china ketika itu adalah dengan memandang semakin kecil kaki seorang wanita semakin tinggilah sahamnya..Oleh kerana itulah kaki mereka sejak kecil lagi akan diikat dan dibalut bagi memberhentikan pertumbuhan kaki.

Mengikat kaki dilakukan dengan cara membalut kaki dengan ketat menggunakan kain sepanjang sepuluh kaki dengan lebar dua inci,melipat empat jari kaki ke bahagian bawah kaki dan menarik ibu jari kaki medekati tumit.Hal ini membuat kaki menjadi lebih pendek.Pembalut kaki semakin diketatkan dari hari ke hari dan kaki dipaksa memakai kasut yang semakin kecil.Kaki harus dicuci dan dipotong kukunya kerana kalau tidak akan membuat kuku-kuku di kaki yang diikat menusuk ke dalam dan menimbulkan jangkitan..

Semakin kecil kaki seorang gadis maka akan semakin cantik ia dipandang..Biasanya panjang kaki mereka hanya berkisar 10-15 sentimeter sahaja..Dengan memiliki kaki kecil yang dipandang cantik itu mereka berharap dapat berkahwin dengan orang-orang kaya dan raja-raja..

Sebenarnya tradisi pengikatan kaki ini bermula pada masa akhir dinasti Tang (618-907) dan mulai tersebar oleh golongan kelas atasan sehingga pada zaman dinasti Song (960-1297),pada zaman dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911), budaya mengikat kaki tersebar luas dalam majoriti masyarakat China sampai akhirnya dilarang pada Revolusi Sun Yat Sen tahun 1911.Kelompok yang menghindari adat ini hanyalah bangsa Manchu dan kelompok migran Hakka yang merupakan kelompok paling miskin dalam kasta sosial China…

2

3

 

4

5

6

search terms:
kaki wanita cina,budaya kaki kecil di china,wanita kaki pendek di cina,wanita diikat di china,tradisi china memakai kadut kecil,mengikat kuku kaki,kecantikan kaki chinese,kaki wanita cina diikat dinasti manchu,kaki puteri zaman dinasti china,kaki kecil wanita china,kaki kecil cantik untuk org china,kaki kecil,kaki diikat cina,kaki di diikat di china,kaki cina,diikatcina,budaya kecantikan dicina,world\s smallest bag

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment