Shisha Haram Bagi Umat Islam

shisha

Jawatankuasa Fatwa: Shisha Haram Bagi Umat Islam

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada Rabu lepas telah memutuskan bahawa shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha,muazakarah juga melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

Fatwa ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

“Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha..maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram,”katanya.

Menurut Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin lagi,Shisha jelas memudaratkan kesihatan,membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam.

Pengharaman ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah Fiqhiyyah.

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Shisha:

Mufti Perlis,Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

hukum hisap shisha

Hisap Shisha Lebih Merbahaya Daripada Merokok:

Kajian yang dijalankan mendapati menghisap shisha lebih merbahaya berbanding rokok biasa.

The New Street Times bertarikh 03/06/2010:

Dr Nabilla says her studies and those conducted overseas show evidence that people inhaled more tobacco through the shisha than by smoking cigarettes.
“Some people tend to think that anything adopted from the Arab world is good. People think smoking shisha is harmless but, in fact, it is worse than cigarettes.

“Smoking shisha for hours is like smoking 400 cigarettes.”

Apa Komen Anda

2 comments… add one

Leave a Comment