Rambang Mata

beli belah

Orang tua-tua selalu sebut jangan rambang mata..Tahu tak apa maksudnya?

Rambang mata bermaksud:Melihat sesuatu tanpa fokus,arah atau tujuan yang betul.hal ini menyebabkan kita tidak pasti apa sebenarnya kemahuan kita dan bagaimana kehendak kita  itu dapat dikawal.

Rambang mata boleh berlaku terhadap kaum lelaki dan boleh juga berlaku terhadap kaum wanita..

Kata suami kepada si isteri:”Jangan nak rambang mata yee,nanti tak tentu hala pula,sana nak,sini pun nak”.jawab isteri:”alahh saya tengok jee”.suami membalas”memanglah mula-mula tengok-tengok,lepas tu usik-usik,lepas tu tarik-tarik lama-lama kosong la kocek saya ni”.Bila suami dah cakap camtu,isteri manalah yang tak berkecil hati..Bila dah kecil hati mungkin isteri akan mengungkit kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan terhadap suaminya..Bila dah ungkit-ungkit suami ni kan lelaki..lelaki kan tinggi egonya..kerana sikap rambang mata kan dah bergaduh..

Itulah wanita..Rambang mata bagi wanita sinonom dengan melihat barangan

“shopping”

“Wauu cunnye awek tu,yang kat sini pun boleh tahan” “yang sini manis,yang sana putih”

Itulah lelaki..Rambang mata lelaki lebih sinonim dengan melihat wanita..suka memandang wanita yang menarik..bila sudah banyak memandang ,sini cinta,sana pun cinta,sana nak,yang disini pun nak..

Itulah bencana rambang mata..Kerana rambang mata wanita terdedah kepada dosa pembaziran dan mengungkit jasa-jasa yang pernah dicurahkan terhadap suami..Kerana rambang mata Lelaki terdedah kepada dosa zina..Persamaan antara kedua-dua ini adalah NAFSU..

Oleh itu bagi wanita cubalah kawal nafsu tu..tanamlah dalam diri sikap “qana’ah”.Belajar mengurus perbelanjaan dengan baik..Jika anda pandai berbelanja,pandai bergaya,pandai berhias untuk suami walaupun dengan pakaian yang harganya biasa-biasa saja,pasti suami akan sayang anda.Jika anda sayang suami anda,maka bantulah mereka..nak bantu bagaimana?bantulah mereka dengan kurangkan belanja:))

Bagi lelaki jagalah pandanganmu..Anda pasti tidak sukakan jika isteri,tunang,kakak atau adik anda ketika mereka keluar rumah,mereka diperhati oleh lelaki asing..Bila adik atau kakak anda,perasaan mereka dipermainkan oleh mana-mana lelaki mesti anda akan marahkan..Demikianlah dengan wanita-wanita yang anda jumpa,lantas anda memperhatikan mereka dari atas hingga bawah sehingga anda jatuh hati kepada mereka bahkan ada yang bernafsu melihat keindahan wanita yang dilihat..Kadang-kadang kerana bahana rambang mata anda hancurkan perasaan wanita yang pernah anda berikan harapan kepadanya..

Allah berfirman :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” (QS. An-Nuur : 30-31)

Al-Hafiz Ibnu Katsir ketika mentafsirkan ayat di atas menyebutkan : Ini adalah perintah dari Allah ’azza wa jalla kepada hamba-hamba-Nya mukminin untuk menundukkan pandangan-pandangan mereka dari perkara-perkara yang diharamkan bagi mereka.Mereka tidak memandang kecuali pada apa yang diperbolehkan bagi mereka dan untuk menundukkan pandangan dari yang diharamkan,apabila kebetulan memandang kepada yang haram tanpa disengaja maka langsung memalingkan pandangannya secepat mungkin”

 

 

 

 

search terms:
rambang mata,lelaki yang rambang melihat gadis,rambang mata bermaksud,suami rambang mata

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment