Panduan Pemakanan Diabetes

Panduan pemakanan diabetesApakah Itu Diabetes ?

Diabetes mellitus adalah satu keadaan penyakit di mana aras gula darah (glukosa) telah melebihi aras normal. Ini disebabkan oleh kekurangan hormon insulin di dalam darah atau insulin yang ada tidak lagi berkesan. Aras normal gula darah ialah di antara 4.4 hingga 8.0 mmol/l.

Adakah Anda Mengambil Gula Berlebihan ?

Kandungan Gula

Secara purata, sebanyak 24 sudu the (120gm) gula termasuk gula tersembunyi diambil oleh setiap rakyat malaysia sehari. Ini adalah 2.5 kali ganda tinggi daripada yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm) sehari. Ini termasulah gula yang ditambah atau tersembunyi.

Ketahuilah jenis diabetes anda

Diabetes mellitus jenis 1

Diabetes jenis ini perlu mengambil suntikan insu-lin setiap hari.

Diabetes mellitus jenis 2

Diabetes jenis ini tidak semestinya memerlukan insulin tetapi dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman.

Apakah penyebab anda mendapat diabetes jenis 2 ?

1. Anda berumur 35 tahun ke atas.

2. Anda mempunyai ahli keluarga diabetes (ibu bapa menghidap atau adik-beradik)

3. Anda lebih berat badan atau obes.

4. Anda tidak aktif atau jarang bersenam.

5. Anda mempunyai diabetes semasa hamil.

Apakah kesannya jika diabetes anda tidak terkawal?

Anda berkemungkinan mendapat komplikasi diabetes seperti :

1- Sakit jantung

2- kerosakan buah pinggang

3- luka lambat sembuh (gangren di kaki)

4- kerosakan saraf

5- kebutaan (retinopati)

Berat Badan Ideal

Pemakanan Untuk Anda

Makanan yang bebas dimakan oleh saya ialah :

1 – Teh kopi o’ tanpa gula, teh hijau, air mineral, air limau (tanpa gula), air barli (tanpa gula) & sup cair.

2 – sayur-sayuran: sawi, kobis, ulam, bayam, kailan, kangkung, kacang panjang, kacang bendi, daun salad, bunga kobis, peria, pucuk paku, tomato, taugeh, cendawan, terung, dsb (kecuali sayuran berkanji).

3 – perasa dan perencah semulajadi: bawang putih/merah, kunyit, halia, serai, cuka, serbuk kari, herba, akar kayu, cili, daun pandan, ketumbar, pasli dan lain-lain.

Makanan yang perlu dikawal oleh saya ialah :

1. Bijirin dan hasilnya: nasi, roti, biskut, oat, mihun, mee,kuay teow, capati, tosai, putu mayam, idli, macaroni, spaghetti, tepung dan makanan berasaskan tepung.

2. Sayuran berkanji: ubi kayu/keledek/kentang, lobak, labu, jagung, kacang peas, kacang kuda, dhal, kacang panggang.

3. Susu: susu tepung (skim/rendah lemak), susu segar, susu sejat, yoghurt.

4. Buah-buahan: semua jenis buah

Makanan yang perlu di elak ialah :

1- gula ringkas: gula putih/melaka/batu, gula-gula, glukosa.

2- madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan, dan minuman kordial.

3- biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim, coklat.

4- Air tebu, air kelapa muda dan nira. Minuman/ makanan yang ditambah gula

Tips Pengawalan Diabetes

Ingat! Anda perlu belajar mengawal penyakit anda agar tidak memburukkan lagi kesihatan anda.terdapat 4 cara yang mesti anda lakukan, iaitu :

1. Amalkan pemakanan yang betul dan sihat.

2. Lakukan senaman dengan kerap.

3. Ambil ubat diabetes dengan betul.

4. Periksa gula darah anda selalu (misalnya sekali seminggu).

Tahukah anda ?

Gula ringkas boleh meningkatkan aras gula darah anda dengan kadar yang cepat. Awasilah pengambilan gula dalam diet anda!!

Berjumpalah dengan pakar-pakar seperti pakar perubatan dan pakar pemakanan supaya anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang kaedah pengawalan diabetes anda.

search terms:
contoh makanan berkanji,makanan berkanji tinggi,makanan berkanji,makanan yang berkanji,makanan tidak berkanji,sayuran tidak berkanji,senarai makanan berkanji,jenis sayuran berkanji,makanan apakah yang tidak berkanji,jenis makanan berkanji,senaman perineum vs meruang,sayuran berkanji,tosai untuk kencing manis,tosai untuk diabetis,jenis sayur berkanji,jenis makanan yang berkanji,makanan yang tidak berkanji,makanan yang perlu dikawal oleh pesakit diabetes,makanan tak berkanji,makanan yg perlu d elak oleh pesakt diabetis,pemakanan terapeutik bagi pengidap diabetes,pemakanan terapeutik untuk diabetik,teraputik makanan diabetis,tosai bagus bagi kencing manis,tosai dan diabetes,tosai dan kencing manis,pemakanan teraputik penghidap diabetis,makakan yang berkanji,daun salad utk ibu hamil diabites,contoh sayuran berkanji,contoh kuih yang berkanji,boleh ke makan tosai untuk kencing manis,boleh ke kencing manis makan tosai,Apakah jenes2 makanan bijirin,apa itu mggt,apa itu makanan berkanji,daun ubi kayu utuk diabetes,jenis 2 makanan berkanji,kuay teow dan diabetes,kandungan gula setiap makanan dan minuman,kacang peas kencing manis,jenis2 sayur yang berkanji,jenis-jenis sayuran berkanji,jenis makanan tidak berkanji,jenis jenis sayuran yang berkanji,jenis buahan berkanji,air tebu bg penghidap kencing manis

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • Hі there! This post could not be written any better!
    Reading through this post reminds me of my gоod old room mate!
    Hе always kept chatting ɑbout this. I will forѡard thіs page to
    him. Pretty sure he will have a good read. Many thanks for
    sharing!

Leave a Comment