Nasihat-Nasihat Dr Zaharudin@Uzar

Ustaz Zaharudin

Nasihat-nasihat atau kata-kata hikmah Dr Zaharudin @ UZAR ini dinukil dari facebook beliau sendiri,Mudah-mudahan kita beroleh manfaat dari koleksi kata-kata mutiara Ulama muda ini.

1. Antara tanda seseorg itu punyai iman yg segar lagi sihat adalah di waktu dia berseorangan (samada di bilik hotel, luar negara, rumah sendiri, pejabat dll) apa yang dilakukan semuanya baik & bermanfaat kpd imannya. Tiada takut dan resah walau diketahui org lain.

2. Adakalanya kita rasa ‘cemburu’ dgn pencapaian, kejayaan, harta & perolehan org lain. Tanpa dikawal ‘cemburu’ itu boleh memakan diri,juga menghasilkan kedengkian. Kawallah ia dgn YAKIN bhw jika bukan rezekimu, apa jua yg kamu lakukan TETAP TIDAK akan diperoleh, yg penting USAHA & TAWAKKAL serta REDHA dgn apa jua hasilnya. Semuanya berdsarkan rezeki masing2, maka HATI TENANG.

3. Dari telinga jatuh ke hati, itu wanita, mudah terpesona dengan apa yang didengarinya. Akibatnya, sering tertipu antara pujian hakiki dan tipu helah perangkap. Dari mata jatuh ke hati, itu lelaki, mudah terpesona dengan apa yang dilihatnya, hingga kerap terkeliru antara indah hakiki & palsu. Justeru, wanita perlu berhati2 dgn ucapan indah yg didengarinya, lelaki perlu menjaga pandangannya.

4. Mulakan hari dengan positif, sangka baik bhw Allah akan memberikan keluasan & jalan keluar bagi kesukaran yg sedang & bakal dihadapi. Tiada kemudahan kecuali apa yang dipermudahkan oleh Allah dan kamulah wahai Allah yang menjadikan kesediahn & dukacita itu mudah ditanggung. Moga hari-hari kita diberkati.

5. Mengapa kau beri dan ambil rasuah?” “Jika tak beri rasuah, masakan syarikat aku boleh hidup?” Itu alasan aqal pendek serta bingung seorang peniaga. Tidak dilihatnya jenayah rasuahnya itu secara meluas iaitu secara ‘big picture’ yang akhirnya akan terkena kesan buruknya kepada perniagaannya sendiri, melalui pelbagai cara. Malang apabila dia hanya mampu melihat begitu pendek, ringkas dan tersekat. Lupa bahawa sebuah masyarakat perniagaan yang korup menjauhkan perkembangan skill dalam sesebuah perniagaan. Mengundang pekerja yang korup juga, dan melarikan pelanggan. Ya, jangka pendek mungkin boleh mendabik dada, namun tunggu kesan buruknya kelak.

6. Kegagalan jangan dicari. Tetapi apabila ia datang, ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, untuk mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal. Jadikan kegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuhkan luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat. Sesungguhnya orang Mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali kepada Allah.

7. Seorang ulama berkata : “Orang yang mencemburui sambil berdengki dengan apa yang ada pada orang lain sebenarnya adalah sedang merungut dan memarahi keputusan Allah swt, lebih parah dia juga seolah sedang menuduh Allah itu tidak adil”. Justeru, teruskan usaha dan redha dgn apa yg diperolehi, jadikan apa yg ada pada org lain sbgi motivasi utk ke hadapan sambil memastikan jalannya diredhai Allah & RasulNya.

8. Jangan diletak kebahagian pd rupa, apabila tua, hilanglah bahagia; Jangan pada kulit, ia tetap akan kedut jua; Jangan pada fesyen, ia tetap akan ditanggalkan dengan kain kapan; Jangan pd harta, bila mati, pasti x bahagia; Jangan pada manusia, mrk boleh berubah & tinggalkan kita; Jangan pada pujian, krn ia akan putus; Jangan pada pangkat, semua boleh terangkat & pasti mangkat, TAPI letaklah bahagia pada mencari redha Allah, dgn taatiNya, krn Dia tidak akan hilang, mati atau berubah & janjiNya pasti. dengan itu, kita masih mampu bahagia di celah masalah duniawi yg sementara.

9. Hasil godaan syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepasitu, pastikan syaitan bersedih dengan dosa kita. Jadikan dosa lalu sebagai motivasi mengganda amal & merendah diri. Sesungguhnya, menyedari diri berdosa mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya imanmu bergembira.

10. Tenangkan fikiran, luaskan bacaan & rujukan sebelum membuat pendirian, kesimpulan & keputusan. Tenangkan jiwa sebelum bertindak, dengan itu sebarang kesan, implikasi & tindakbalas dari keputusan, pendirian dan tindakan itu akan dapat dihadapi dengan tenang, kukuh pendirian dan masih mampu tidur & meneruskan kehidupan dengan normal.

11. WANITA terperangkap, ingin pujian terhadap fizikalnya, lalu banyak gambarnya tersiar di facebook; LELAKI juga terperangkap lalu kerap menyiarkan kejayaan demi kejayaannya. Kedua-dua sedang diuji, justeru berpadalah dalam siaran gambar juga pencapaian diri, nasihat untuk diri ini dan semua. Ia adalah bahan mentah untuk Syaitan memasak hati kita dengan riya’ lagi ‘ujub. Ya Allah selamatkan kami.

12. Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah “Hasbunallah wa ni’mal wakil”, La hawla wala quwwata illa billah” dan “inna lillahi wa inna ilaihi raa’jiun”. Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh…!

13. Wahai ibubapa, insaflah kita, telitilah tugas kita, didiklah mereka dengan sifat malu bersalut AGAMA. Tanpa malu, satu persatu kesesatan akan diserap di dalam jiwa, hati dan minda.

14. Antara petunjuk hati kotor dan jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau bicara Islam, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli tetapi apabila mendengar bahan2 lalai dan hiburan mereka mendengar dgn penuh semangat dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka mengikut2nya dan menghafal liriknya.

15. Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin juga adalah hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kita tercemuh mrk yang mendoakan kita & doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, sempitkan permusuhan & kebencian, moga doa ramai akan terus milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.

16. Isteri yang mahal dari pandangan Islam ialah isteri yang tidak meletakkan darjat & kemuliaannya kepada wang, tetapi kepada iman, kasih, jiwa dan hatinya. Kalau diletakkan nilainya kepada wang, wang akan hilang. Kalau diletakkan kepada iman, kasih serta hatinya ia akan berkekalan sehingga hari kiamat dan seterusnya membawanya ke syurga.

17. Wajarkah jika kita melakukan sesuatu yang Allah BENCI, namun kita sentiasa meminta dariNya yang kita SUKAI.? Syukurlah Allah itu maha pengasih dan besar rahmatNya, justeru kita masih TERUS digalakkan untuk meminta walau seburuk manapun persembahan kita kepada Allah, cuma sampai bilakah hati itu ingin INSAF lagi sedar??

18. Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.

19. Jika kita tidak mampu menyebar & memandu kebaikan, jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya.

20. Wanita sebagai anak kecil; adalah pintu dari pintu2 syurga & tembok menghalang neraka dari ibubapanya,
Wanita sebagai isteri; adalah pelengkap kepada agama suaminya,
Wanita sebagai ibu; redha Allah terhadap anak berada pada redhanya,
Andai lelaki mengetahui kedudukan wanita ini, pasti mereka akan HARGAINYA.
Semua ini dari inti kalam baginda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam.

21. Suami yang ‘mahal’ lagi ‘bernilai’ pada pandangan Islam ialah suami yang tidak meletakkan darjat & kemuliaan dirinya kepada jumlah isterinya & kecantikan mereka TETAPI diletak kepada iman, kesucian hati & cinta isterinya kepada Islam & suaminya walau fizikal mereka kurang @ tidak cantik pada mata orang. Mereka tetap bidadari hatinya di syurga kelak. InshaAllah

22. Al-Imam Al-Syafie berkata : “Apabila orang yang baru belajar terus maju ke hadapan (sehingga menjadi tokoh besar), maka dia pasti terluput ilmu yang sangat banyak”. Justeru, sama-sama kita belajar sesuatu ilmu dari basic agar kelak tidak tersesat jalan, pandangan serta pegangan

23. Ramai yang enggan membuka buku dan membaca tulisan seseorang individu kerana merasakan dirinya tidak layak untuk membaca dan melihat luahan ilmu daripada seorang yang dianggap lebih rendah daripadanya.

“Ramai juga yang enggan mendengar ulasan kebaikkan daripada seorang individu lain hanya kerana menyangka dirinya lebih mengetahui ataupun terdapat perbezaan pendapat. Dan begitulah terbantutnya proses ilmu itu hanya kerana setitis sifat ego yang ada dalam diri”

“Ego sebenarnya akan menjadikan seseorang itu semakin ‘tidak pandai’. Lebih malang lagi, ego akan menjadikan dirinya ujub dan rasa hebat pada matanya sendiri sahaja, namun ia kelihatan ‘bodoh’ pada pandangan ramai. Ya Allah, jauhilah kami daripada tergolong dalam kumpulan ini.

24. Jika nak berjaya di dalam dunia kerjaya & pekerjaan, cuba elak jawab “Tak boleh buat”, “tak tahu”, “tak jumpa”..bila diminta berbuat sesutau tugasan (yang halal pastinya)..usaha cari hingga lubang cacing bagi boleh buat, boleh siap, boleh jumpa dan boleh tahu..itu yang dikehendaki untuk menjadi profesional dan skillful worker.

25. Adakalanya kita BERHARAP sesuatu & gagal diperolehi waktu itu, kita menyangka ia sebuah KEGAGALAN. Namun, sedang tiada diduga serta kelihatan tiada lagi harapan, TIBA-TIBA yang diharap dahulunya itu menjadi kenyataan. Kegagalan hari ini mungkin hanya penangguhan kejayaan. Pokoknya, teruskan usaha & bertaqwalah kepada Allah, nescaya jalan keluar pasti muncul. Berdoalah dan mintalah bantuan dengan solat dan sabar.

26. Agak ramai wanita mengatakan, pakaian mereka tidak melambangkan akhlak dan hati mereka. Namun ketahuilah, setakat pengetahuan saya berdasarkan pergaulan dengan teman-teman muslimin yang soleh & yg berilmu. Boleh dikatakan sekitar 80% antara mereka melihat pakaian wanita sebagai langkah awal memilih jodoh (selain wajah). Pakaian adalah pintu awal untuk dimasukkan dalam kategori boleh dipertimbang jadi isteri solehah, diikuti ciri-ciri lain. Justeru, bagi wanita yg pakaian ketat, terbelah, dedah dada, dedah tangan, serba nipis, berbonggol unta etc, peluang kalian mendapat suami soleh berkurangan hampir 80%.

28. Ada orang di hadapan kita DIA menghormati kita, adakalanya memuji. Namun di dalam hati, DIA memperleceh, mengutuk & memfitnah kita. Di belakang, kita dipersendakan. Wahai sahabat dan rakan, usahakan untuk TIDAK menjadi ‘DIA’ waktu kamu bersahabat, berjemaah dan berkawan. Apa yang didalam hati pasti akhirnya akan mengeluarkan tanda, melalui ‘bahasa tubuh dan lisan’. Kelak pasti, yang dirahsiakan bocor jua..tatkala itu, silaturrahmi mungkin ‘bergoyang’

29. Tidak perlulah berpening kepala menyukarkan nama anak dengan nama yang luar biasa serta pelik. Cukuplah meletakkan nama mereka pada makna yang baik atau nama-nama para nabi, ummul mukminan, para solehin dan solehat. Kemudian ber’pening’lah untuk merancang dan bertindak menjadikan mereka sebaik nama mereka. Agar kita tidak pening di kemudian hari.

30. Wahai wanita..antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAHWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu.

Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

search terms:
nasihat ustaz zaharuddin,kata-kata ustaz zaharuddin,menjauhkan diri dari adik beradik pandangan islam,nasihat buat diri sendiri,mutiara kata dr zaharuddin,zaharudin uzar,nasihat diri,mutiara kata untuk bakal suami,mutiara kata untuk adik beradik,mutiara kata islam beri nasihat kepada perempuan muda islam,kata nasihat ulama guru,muhasabah dari kita sendari,menjauhi diri dari orang yg berdengki,Nasihat nasihat soal mati ustaz,nasihat untuk adik beradik penting diri,uzar mengenai pakaian wanita,ustaz zaharudin mukmin berjaya,ustaz zaharuddin mengenai ujub,ulasan kata-kata mutiara tentang pendirian,redha ibu bapa uzar,redha allah zaharuddin net,pandangan ulama mengeji org lain,orang yang mengeji fizikal orang lain,nasihat-nasihat dr zaharuddin,nasihat ustaz zaharuddin soal wanita,nasihat untuk orang yang belajar agama di luar malaysia,memuji diri sendiri dalam islam ustaz zaharuddin,marbu (ulama),Koleksi mutiara kata ibrahim adham,kata kata hikmah nasihat tentang redha,Jika kita tidak mampu menyebar dan memandu kebaikan jangan sama sekali menjadi penghalang bagi mereka yang ingin menyebarkannya,jangan hina diri sendiri zaharuddin,jangan berduka akan kegagalan koleksi nasihat,isteri derhaka pada suami zaharudin net,hukum mencemburui orang,hukum kata hari ni hari suwey malang,dr zaharudin,dr zaharuddin hukum mengeji anak kecil,apabila orang berdengki dengan kita,kata kata hikmah untuk adikberadik,kata kata imam shafie pakaian melambangkan hati,kata kata nasihat kepada orang yang berdengki,kejayaan yang kita miliki hari ini mungkin hasil dari doa orang-zaharudin,kata-kata pendek buat orang yang berdengki dengan kita,kata-kata motivasi rasuah,kata ustaz jangan berdengki adik beradik,kata mutiara tentang redha dari ulama,kata mutiara manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan,kata mutiara Dr Zaharuddin,kata motivasi dr Zaharuddin,kata kata nasihat untuk bakal suami,kata kata nasihat perkahwinan dr para ustaz,Adakalanya kita rasa ‘cemburu’ dgn pencapaian kejayaan harta & perolehan org lain Tanpa dikawal ‘cemburu’ itu boleh memakan diri juga menghasilkan kedengkian Kawallah ia dgn YAKIN bhw jika bukan rezekimu apa jua yg kamu lakukan TETAP TIDAK akan dipero

Apa Komen Anda

2 comments… add one
  • mimbar

    nak joint website. tq

  • mimbar

    like join ths website

Leave a Comment