Menjemput Hidayah ke dalam Rumah

hidayah1

Sebuah keluarga yang diredai Allah s.w.t.  ialah keluarga yang mendapat hidayah  mencurah-curah. Apakah jalan yang perlu
dilakukan untuk mendapat hidayah Allah s.w.t.?
 
Patuh Suruhan Allah dan Tinggalkan Larangannya
 
Ini merupakan asas utama untuk mendapat  hidayah Allah s.w.t., seterusnya membentuk  sebuah keluarga yang diredai Allah s.w.t.  Bagaimanakah caranya kita  hendak patuh kepada suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya?
 
Caranya, beramal dengan segala isi kandungan  al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.  Sesiapa yang beramal dengan kedua-dua sumber  syariah islamiah ini akan bahagia bukan  sahaja di dunia, bahkan di akhirat nanti  akan beroleh nikmat yang tidak pernah  dirasai di dunia.
 
Ini semua semestinya perlu bermula daripada  diri ibu bapa itu sendiri. Kemudian didik  anak-anak melaksanakan perintah Allah dan  meninggalkan segala tegahannya. Perhatikan  setiap gerak-geri anak-anak supaya  mengamalkan apa yang disuruh dan tidak  melakukan apa-apa yang dimurkai Allah.
 
Lakukan Aktiviti Secara Bersama (Berjemaah)
 
Berjemaah amat penting dalam Islam dan hidup  seseorang insan. Manusia tidak mampu hidup  sendirian walaupun dia seorang nabi.  Contohnya, Nabi Adam a.s. berhajatkan Hawa  sebagai teman hidupnya.
 
Konsep hidup berjemaah atau bermasyalakat  amat penting dalam pelbagai cabang ilmu  seperti sosiologi, akhlak, sains politik dan  lain-lain lagi. Sekiranya tiada masyarakat,  maka cabang ilmu tersebut tidak akan wujud . Contoh yang paling praktikal adalah dengan   mewujudkan budaya melakukan aktiviti secara   bersama seperti dengan solat berjemaah. Ibu  bapa patut melatih anak-anak mereka solat  berjemaah kerana melalui solat, si ayah  dapat melatih anak mentaatinya. Solat  berjemaah simbol ketaatan kepada seorang  ketua. Makmum mesti mengikut setiap gerak  laku dalam solat yang diketuai oleh imam.
Dengan itu, anak-anak lebih mudah mendengar  nasihat dan teguran ayah. Si ayah juga boleh  menyampaikan tazkirah usah solat berjemaah  dan secara tidak langsung dapat menegur  tingkah laku anak-anak. Ibu bapa juga boleh  menyuruh anak-anak menyarfipaikan tazkirah  ringkas kepada ahli keluarga. Tazkirah ini  tidak semestinya terlalu ilmiah, memadailah anak menyampaikan apa-apa yang telah  dipelajarinya di sekolah. Ini dapat membina   ciri-ciri kepimpinan dalam diri anak-anak sekali gus dapat mewujudkan budaya suka akan  ilmu dalam keluarga tersebut. Selain itu,  solat berjemaah juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan  antara ahli keluarga, di samping boleh  berbincang pelbagai perkara selepas solat berjemaah.
 
Baca al-Quran Setiap Hari
 
Ibu bapa perlu mewujudkan budaya membaca  al-Quran setiap hari dan ini perlu bermula   daripada did ibu bapa itu sendiri. Pastikan   anak-anak dilatih membaca al-Quran dari  kecil lagi kerana otak kanak-kanak masih  fresh ibarat kain putih dan mudah menerima  apa-apa sahaja yang diajar.Sekiranya ibu bapa tidak mampu mengajar  anak-anak membaca al-Quran, carilah guru untuk mengajar atau hantarlah mereka ke  mana-mana kelas atau institusi pengajian  al-Quran yang bersesuaian.Al-Quran merupakan mukjizat besar Junjungan  kita, Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran kaya  dengan ilmu yang sampai sekarang belum  diteroka sepenuhnya oleh manusia. Al-Quran  juga merupakan ubat sama ada bagi penyakit  fizikal mahupun penyakit rohani atau mental  seperti resah dan gila. Al-Quran jika selalu  dibacaakan memberikan ketenangan kepada pembacanya dan melembutkan hati kita untuk  melakukan ibadah kepada Allah.
 
Seorang sahabat balk penulis yang  merupakan seorang guru memberitahu  bahawa beliau mengamalkan membaca  al-Quran kepada anaknya yang menghidap  Sindrom Down. Alhamdulillah, dengan  keberkatan al-Quran dan izin Allah, anak-
nya mampu hidup berdikari seperti anak-  nya mampu hidup berdikari seperti anak- anak biasa.
 
Seronok Serta Gembira Menerima Tetamu dan  Meraikan Tetamu
 
Masyarakat dahulu kala memang terkenal  dengan sikap memuliakan tetamu. Hatta  masyarakat Quraisy yang terkenal dengan  pelbagai tabiat buruk seperti minum arak,  menanam anak perempuan hidup-hidup, berjudi   dan sebagainya pun mempunyai sifat yang  boleh dipuji iaitu memuliakan tetamu.Tetamu dianggap begitu mulia oleh mereka  sehinggakan rnereka sanggup menyembelih  haiwan ternakan bagi menyediakan juadah yang  lazat kepada tetamu walaupun baru mengenali tetamu yang bertandang. Rasulullah s.a.w.   bersabda yang bermaksud: “Apabila tetamu  masuk ke dalam rumah, ia masuk bersama rezekinya. Apabila ia keluar, ia kelura  bersama keampunan dosa tuan rumah.”(Riwayat  al-Dailami)
 
Menyebarkan Salam Walaupun Rumah Kosong
 
Pernahkah kita mengamalkan memberi salam  sebelum masuk ke rumah? Kalau jawapan anda  ya, alhamdulillah. Anda ibu bapa teladan  kepada anak-anak. Tetapi adakah anda melatih   anak anda memberi salam sebelum masuk ke  dalam rumah? Jika jawapan anda tidak, maka  mulalah bertindak sekarang.
 
Sekiranya kita ingin menjadi sebuah keluarga  yang diredai oleh Allah, maka amalkan  memberi salam sebelum masuk ke rumah. Ini  boleh menjauhkan syaitan dari rumah kita  kerana syaitan tidak dapat memasuki rumah  apabila kita memberi salam terlebih dahulu.
 
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu amalkan memberi salam sebelum masuk ke bilik  anak-anak supaya anak-anak terbiasa dengan  budaya memberi salam.
 
Anak akan rasa diri dihormati. Secara tidak langsung akan meningkatkan rasa hormat  anak-anak terhadap ibu bapa.
 
Wujudkan Suasana Sentiasa Menasihati
 
Sebagai ibu bapa, menasihati anak-anak  adalah antara tanggungjawab kita yang sama  sekali tidak boleh diabaikan. Lihat
bagaimana Luqman al-Hakim memberi nasihat  kepada anaknya:
 
Wahai anakku:
 
1. Jangan mensyirikkan Allah kerana syirik  adalah sebesar-besar kezaliman.
 
2. Taatilah dan berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa. Allah akan membalas semua  amalan walaupun sebesar biji sawi.
 
3. Dirikanlah solat.
 
4. Ajak manusia ke arah kebaikan dan  tegahlah mereka daripada melakukan  kemungkaran.
 
5. Bersabar terhadap apa yang menimpa kamu.
 
6. Jangan bangga diri.
 
7. Sederhanalah dalam berjalan dan  lunakkanlah suaramu kerana seburuk-buruk  suara ialah suara keldai.
 
Inilah contoh nasihat seorang bapa yang  bijaksana, yang menasihati anaknya secara  hikmah sehingga terekod dalam al-Quran dalam  surah Luqman ayat 13 hingga 19. Nasihat kita  terhadap anak-anak perlu berdasarkan keadaan   semasa dan keadaan anak itu sendiri.
 
Seorang ayah boleh menasihati anak remajanya  seperti:
 
1. Jangan takut melakukan kesilapan.
 
Bagaimanapun, pastikan jangan sampai tiga   kali mengulangi kesilapan yang sama.
 
Sekiranya sampai tiga kali, maka janganlah  lebih tiga kali.
 
1. Bertindak rasional, jangan bertindak mengikut emosi.
 
2. Nilaikan perkara-perkara berikut  sebelum memilih kerjaya yang akan diceburi:
 
3. Sesuaikan kerjaya yang dipilih dengan minat.
 
4. Adakah kerjaya yang dipilih mempunyai  pasaran pekerjaan yang luas?
 
Guru, doktor, atau peguam antara kerjaya  yang dilihat profesional. Bagaimanapun,  kerjaya tukang masak boleh menjadi
profesional jika tahu caranya.
search terms:
cara mewujudkan amalan suka membaca al quran,menjemput hidayah,taskirah rumah ibubapa adalah rumah anak,tazkirah ringkas anak

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment