Kita Sering Terlupa

ku-xlarge

Keghairahan meniti kehidupan, kesibukan tugas seharian dan keseronokan dikelilingi teman dan sahabat handai selalu membuatkan diri larut dan hanyut. Kita sering terlupa siapakah diri kita. Ke manakah hala tuju kehidupan kita sebenarnya. Apa yang ingin kita cari di dunia. Inilah antara persoalan yang wajar difikirkan bersama.
 
Percaya atau tidak, kita sering ditipu oleh kehidupan. Mentaliti kita sudah remuk dirosakkan musuh. Kita sering merasa masih
terlalu awal untuk bertaubat atau rasa masih muda untuk bersungguh mengerjakan kebaikan. Kita fikir muda hanya sekali maka Kita gunakannya untuk merasai manis dunia ini.
 
Tetapi lupakah kita, tua juga hanya sekali. Hidup di dunia hanya sekali dan Peluang merasai indahnya syurga hanya sekali. Saat bergelut dengan sakaratul maut hanya sekali dan detik untuk mengucapkan ‘kalimah suci’ itu hanya sekali. Tiada lagi peluang kedua. Apabila telah tiba waktunya, sama ada mudakah kita, tuakah kita, miskinkah kita atau kayakah kita, tiada siapa dapat membantu. Mati tidak semestinya tua dan mati tidak semestinya sakit.
 
Berapa ramai orang yang jauh lebih muda dan sihat daripada kita pergi lebih dahulu meninggalkan dunia yang fana ini?
Jika hari ini kita dijemput bertemu Allah, apakah yang ingin dipersembahkan? Solat,sempurnakah solat kita? Sedekah, ikhlaskah kita selama ini? Puasa, hanya sebulan dalam setahun. Qiamullail, solat Subuh pun selalu terlewat. Bakti kepada orang tua, ibu selalu menangis kerana kesalahan kita. Jadi, apa sebenamya yang ingin kita bawa? Hitung dan hisablah sendiri.
 
Apabila semua ini terlintas di kepala, selera makan tiba-tiba terhenti, rasa dunia ini ingin terus diabaikan. Biarlah aku hanya
bekerja untuk akhirat. Kehidupan abadiku bukan di dunia ini, tetapi di akhirat nanti. Jika itu yang difikirkan, kita sebenarnya tersilap.
 
Lupakah kita kepada firmanNya yang Maha Bijaksana: “Carilah bekal untuk akhiratmu dan janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia ini.”
 
Rasul Junjungan juga pernah bersabda : “Bakerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan siapkanlah bekal untuk akhiratmu seakan-akan kamu akan mati esok hari.”
 
Islam tidak mengajar kita berlebih-lebihan dalam mengerjakan sesuatu. Mengejar akhirat tidak semestinya terus meninggalkan dunia. Duniajambatan ke akhirat. Di mana lagi kita boleh mengumpul bekalan untuk ke akhirat jika tidak di dunia ini. Bersedekah umpamanya, akan diganjari dengan pahala yang besar. Bukan sedikit ayat al-Quran yang menjelaskan tentangnya. Tetapi apa yang ingin disedekahkan jika kita tidak memiliki sesuatu. Orang yang tidak memiliki tidak akan memberi. Dunialah tempatnya kita  mengumpul harta untuk disedekahkan.
 
Teman dan kawan di sekeliling selalu membuatkan kita lupa. Lupa kepada suatu hari. Hari yang tiada siapa akan menemani
kita. Hanya kita seorang. Mahu atau tidak, ia tetap akan berlaku. Tiada teman di sisi, tiada isteri di samping malah tiada sesiapa. Hanya kita seorang. Tidak gerunkah kita bila memikirkannya? Peliknya manusia ini. Kita tahu, yakin dan percaya akan hari itu. Tetapi kita tidak bcrsedia untuknya. Memang kita mudah lupa. Lupa bahawa segala amal kita akan dihitung dan dibalas. Apabila jadual peperiksaan diumumkan, segalanya kita tinggalkan. Semuanya bertungkus lumus  bersedia untuk menghadapi hari-hari getir peperiksaan. Kerana kita tahu bahawa hari itu pasti akan hadir. Tetapi, kenapa tidak  dalam hal ini? Kita tidak ingin bersedia menghadapinya, walaupun sejak dulu lagi kita telah dimaklumkan tentangnya. Pelik bukan? Benar memang kita mudah lupa.
 
Lupa kepada janji yang saban hari kita lafazkan, “sesungguhnya solatku, amal ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
Allah Tuhan Sekalian Alam”.
 
Percaya atau tidak, hakikatnya, kita masih terlalu jauh dari Allah. Kita tidak punyakekuatan. Qiamullail. puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha serta sunat-sunat yang lain, semua itu masih terlalu asing bagi kita. Sedangkan itulah sumber kekuatan rohani kita. Realitinya, kita mampu mengerjakan semua itu di saat kesempitan. Di waktu imtihan, kita begitu tekun bermunajat kerana kita memerlukan pertolongannya. Tetapi setelah hajat kita tertunai, segalanya rasa terlalu berat untuk
dikerjakan. Apakah kita ingin berlakon dihadapan Allah? Berpura-pura baik di saat memerlukan pertolonganNya, tetapi terus melupakanNya setelah mendapat apa yang dikehendaki. Layakkah kita berkelakuan demikian dengan Allah? Tepuk dada, tanyalah iman.
 
Semoga kita sentiasa diberi ruang dan kesempatan untuk kembali ke jalan yang benar. Bertaubat daripada dosa-dosa yang
pernah dilakukan. Masa masih ada. Gunalah nikmat kesihatan dan kekuatan yang ada ini untuk meraih sekelumit redha Ilahi. Sesungguhnya Dia amat mengasihi hamba-hambaNya.
search terms:
gunalah nikmat kesihatan untuk mencari reda Allah,hidup dan matiku kerana allah,kita sering terlupa,masAlah kesihatan apa bila kita tiba lupa,selalu terlupa hari,sering ditipu,sering terlupa,tuakah kita

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment