Khabar Kiamat dari Junjungan Kita

Khabar Kiamat dari Kunjungan Kita

Kiamat pasti berlaku dan dunia pasti akan berakhir. Umat manusna secara umumnya mempercayai adanya akhir bagi dunia ini. Itulah antara tunjang iman yang dipasak utuh daiam diri seorang muslim. Namun begitu sejauh manakah minda kita dipasakkan dengan salah satu rukun iman ini: percaya kepada hari kiamat?

Sebelum itu banyak peristiwa yang akan mendahuluinya sebagai petanda hampir tiba saatnya. Bahkan debaranjantung dunia akan sentiasa dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari semasa ke semasa… dunia akan terkena heart attack untuk satu tempoh sebelum ajal menjemputnya pulang ke rahmatullah.

Bagaimanakah keadaan dunia sekarang? Uzur? Ya, pasti uzur. Dunia telah bertemu dengan Nabi Muhammad dalam keadaan bongkok dan bertongkat tiga, apakah sekarang ia terlantar di atas katil menunggu ajal tiba?

Hakikatnya, kiamat rnerupakan perkara yang amat besar dan genting. Ini dapat dilihat dan dirasakan daripada namanya yang tersenarai banyak seperti Hari Kebangkitan, Hari Pengadilan, Hari Penyesalan dan lain-lain. Penggunaan nama yang pelbagai bagi kebiasaan arab adalah untuk menunjukkan kebesaran sesuatu perkaraa Sebagaimana surah Al-Fatihah yang Juga dikenah dan dinamakan Ummul Quran, Ummul Kitab, Sab’ul Masaani dan lain-lain.

Antara lain yang menunjukkan kebesaran sesuatu perkara ialah pendahuluannya yang banyak. Tidakkah kita meiihat istana-istana yang tersergam didahului dengan taman-taman uyntuk sampai ke pintunya? Begitu juga kyiamat yang didahului sebilangan pendahuluan “pra-kiamat” yang dinamakan tanda-tanda sebagaimana yang dihitamputihkan oleh baginda Rasulullah s.a.w di dalam hadith-hadith baginda yang banyak.

Rasulullah pernah menyatakan bahawa pada akhir zaman umat Islam akan mengikut jejau langkah ataupun ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi dan Nasrani hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Zaman sekarang lni kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah s.a.w. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan didalam kehidupannya. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nasrani sama ada mereka sedar atau tidak.

Ramai orang Islam yang terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula yang menjadi alat dan tali barut mereka. Hari ini umat Islam sendiri sudah tidak segan merayakan sambutan Tahun Baru, Hari Kekasih, Peringatan Ulang Tahun dan sebagainya. Tak kurang juga yang menjadi pengagung demokrasi serta sistem-sistem kufur yang lain sebagai contoh sosialis dan kapitalis.

Menjelang tahun baru 2005, datang pula musibah… ombak tsunami. Ulama membuat kesimpulan bahawa tsunami datang untuk rnembawa beberapa mesej. Antaranya sebagai balasan kepada yang ingkar, peringatan kepada yang lalai dan ujian bagi orang yang beriman.

Antara sabda Rasulullah s.a.w yang selari dengan peristiwa ini ialah sabda baginda s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama gang lain. Mereka meminumnya sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah S.W.T akan menenggelamkan mereka ke dalam (dengan gempa bumi) dan akan menjdikankan mereka kera (setelah mati)”

Juga Nabi pernah bersabda:

“Tidaklah akan datang hari kiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi”

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dan sesungguhnya baginda s.a.w sememangnya seorang insan yang benar dan diakui kebenarannya. Sebenarnya kita di saat ini berada dalam zaman membenarkan telahan wahyu daripada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

“Hari kiamat tidak akan terjadi sehinggalah melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) don bangak berlaku “al-harj”. Sahabat bertanya:”Apakuh al-harj itu ya Rasulallah?”. Baginda s.a.w menjawab: “Peperangan demi peperangan demi peperangan.”

Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad jurgungan kita. Harta benda melimpah ruah, banyak alat-alat mode-n yang dihasilkan oleh toeknologi Barat dan Timur. Sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagang alat-alat tersebut.

Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatkan berlakunya peperangan demi peperangan.

Dari masa ke semasa peperangan berkobar-kobar dengan tiada hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula di suatu tempat yang lain. Satu sama lain saling cakar-mencakar.

Semakin maju teknologi semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam. Tetapi ia mestilah tunduk di bawah etika kemanusiaan yang didukung oleh lslam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh Barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri, Nampaknya begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, Sehingga sampai ke titik akhirnya iaitu kiamat.

Sebagai pengakhiran kepada fokus kita pada kali ini penulis ingin membawa beberapa pesanan berharga daripada Rasulullah s.a.w bagi umatnya terutamanya bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ‘ini.

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadithnya menyebut yang intisarinya adalah seperti berikut:

1. Hendaklah melazimi taqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan dengan mengerjakan perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya.

2. Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin. Walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mana mereka berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah Nabawi

3. Berpegang teguh kepada Sunnah Nabi s.a.w dan sunnah para Khulafa’ ar-Raasyidin Al Mahdiyyin iaitu Abu Bakar, Omar, Osman dan Ali R.A yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T, iaitu berpegang dengan fahaman dan amalan ahli Sunnah wal Jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka.

4. Menjauhi perkara-perkara bid’ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, padahal tidak ada dalil atau asal dan contoh daripada agama. Sekiranya ada asas atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bid’ah menurut pengertian syarak (bukan bid’ah dholalah) tetapi hanva dinamakan bid’ah menurut pengertian lughah atau bahasa sahaja.

Oleh itu, marilah kita renungkan bersama wasiat junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w untuk kita mengenali tanda-tanda golongan yang sesat. Maka dengan itu kita akan terselamat dari mereka dan seterusnya berada di garisan yang hak dan termasuk dalam golongan yang terselamat.

Berkata seorang bijaksana:

“Usahlah gelisah apabila dibenci manusia. kerana masih ramai lagi yang menyayangimu di dunia. Gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang akan mengasihimu di akhirat kelak”

search terms:
dunia hampir kiamat,insan yang terselamat

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment