Hidup Tanpa Telefon Bimbit, Bolehkah?

1268150868

Telefon bimbit sudah menjadi sesuatu yang  sukar untuk dipisahkan daripada kehidupan  seharian kita. Sekitar 1O-15 tahun yang lalu, ia menjadi simbol status orang yang  memilikinya, lantaran kos yang tinggi untuk  alat telefon dan langganan perkhidmatannya.
 
Telefon bimbit sudah menjadi sesuatu yang  sukar untuk dipisahkan daripada kehidupan  seharian kita. Sekitar 1O-15 tahun yang lalu, ia menjadi simbol status orang yang  memilikinya, lantaran kos yang tinggi untuk  alat telefon dan langganan perkhidmatannya.
 
Waktu itu, tidak ramai yang membawa telefon  bimbit ke sana ke mari melainkan mereka yang  berkemampuan.Sekarang, situasi sebaliknya boleh dilihat.  Amat jarang kita jumpa orang yang tidak  mempunyai telefon bimbit.
 
Kalau dahulu, kebanyakan pemiliknya terdiri  daripada ahli-ahli perniagaan, kini para  pekerja sektor awam dan swasta, mahasiswa,  petani, pekerja binaan, pemotong rumput,  malah pelajar sekolah pun sudah  memilikinya. telefon bimbit.
 
Para penyedia perkhidmatan memberikan  pelbagai kaedah dan tawaran, manakala harga  telefon itu sendiri sudah semakin murah.  Dengan ini, sama ada kita sedar ataupun  tidak, telefon bimbit sudah menjadi  sebahagian daripada keperluan hidup kita  seharian.
 
Hidup Lebih Mudah
 
Namun, pernahkah kita terfikir, bolehkah kita hidup tanpa telefon bimbit? Atau dengan maksud lain, adakah kita benar-benar perlu menggunakan telefon bimbit? Mungkin ada yang menganggap soalan ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Hakikatnya, manusia pernah hidup tanpa telefon bimbit Tamadun manusia. Malah, manusia dahulu kala pernah hidup tanpa kecanggihan teknologi yang kita kecapi sekarang. Akan tetapi kehidupan manusia telah jauh berubah. Tamadun manusia zaman sekarang berbeza dengan apa yang ada dahulu.
 
Tuntutan-tuntutan kehidupan masa kini jauh lebih mencabar, yang memerlukan peningkatan keupayaan manusia yang jauh lebih tinggi berbanding dahulu. Teknologi yang  dibangunkan oleh manusia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan tersebut. Jadi, penggunaan teknologi, sama ada dalam bentuk alat atau kaedah bertujuan untuk mencapai matlamat- matlamat yang telah dikenal pasti bagi  sesuatu teknologi.
 
Oleh sebab itu, kita mungkin boleh mula bertanya, untuk apa kita menggunakan telefon bimbit? Tujuan utama bagi kebanyakan orang ialah untuk berkomunikasi, agar boleh menghubungi dan dihubungi. Selain dalam bentuk suara, pesanan ringkas (SMS), pesanan multimedia (MMS) serta panggilan video dan e-mel sudah pun menjadi cara kita ber- komunikasi menggunakan telefon bimbit.
 
Sering kali dengan hanya membuat “missed call”sudah boleh menyampaikan maksud tertentu yang telah dipersetujui, sebagai “Saya sudah sampai dan sedang menunggu  dibawah.Kita juga menggunakan telefon bimbit  untuk mendapatkan maklumat dengan melanggan  perkhidmatan tertentu seperti penyampaian  berita terkini, doa harian dan sebagainya. Ada juga yang melayari Internet melalui telefon bimbit. Semakin ramai menggunakan  telefon bimbit untuk membantu merancang  perjalanan aktiviti seharian dengan fungsi  kalendar, penggera dan sebagainya bagi  mengingatkan waktu mesyuarat, tugas yang  perlu dilaksanakan dan seumpamanya. Satu  fungsi telefon bimbit yang popular adalah  untuk merakam atau memainkan rakaman audio visual seperti bacaan al-Quran, zikir dan selawat, lagu (seharusnya yang tidak  melalaikan!), foto dan video. Malah siaran radio dan televisyen juga mampu dicapai dengan telefon bimbit.
 
Alat, Bukan Matlamat
 
Prof. Dr. Sidek Baba, profesor dalam bidang  pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia (UIAM) pernah mengatakan bahawa  teknologi ialah alat, bukan matlamat. Kata- kata beliau boleh dianggap sebagai satu  peringatan kepada kita bahawa kita harus  jelas tentang tujuan kita menggunakan  sesuatu teknologi.
 
Tujuan tersebut ialah matlamat yang ingin kita capai dengan menggunakan teknologi sebagai alat atau kaedah ke arah mencapai matlamat tersebut. Dengan kata lain, matlamat kita yang mengawal penggunaan teknologi kita.
 
Dalam hal ini, matlamat kita mesti jelas.  Atau dengan kata lain, kita mampu menjawab soalan: “Mengapa kita mahu menggunakan sesuatu teknologi?” Ini  mengingatkan kita kepada hadis Rasulullah  s.a.w. yang sangat terkenal, maksud hadis berbunyi: “Hanya segala amal dengan niat dan  hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang  diniatkan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Jadi, apa niat, tujuan dan matlamat kita? Di  sini terdapat dua perkara yang dapat  diutarakan. Pertama, matlamat penggunaan  sesuatu teknologi haruslah berlandaskan  panduan dan tujuan yang digariskan oleh  Islam. Sewajarnya matlamat tersebut bukan  sesuatu yang dilarang oleh Allah s.w.t.  Bertitik tolak daripada itu, secara umumnya,  kita boleh menilai tahap kepentingan  mencapai matlamat tersebut. Paling asas, kita boleh bertanya beberapa soalan seperti:
 
1. Adakah kita perlu mencapai matlamat  tersebut?
 
2. Adakah kita perlu mencapainya dengan kadar yang segera?
 
3. Adakah kita boleh menangguhkannya,  mungkin kerana terdapat perkara lain yang  lebih mendesak yang perlu kita beri perhatian?
 
4. Adakah mungkin bagi kita melupakannya  terus kerana sebenarnya ia bukanlah sesuatu  yang begitu penting?
 
Dengan bertanyakan soalan-soalan seperti  ini, kita dapat membuat penilaian terhadap  tahap keperluan kita untuk menggunakan  sesuatu teknologi, berdasarkan matlamat yang  kita ingin capai menerusi penggunaan  teknologi tersebut.
 
Kedua, matlamat tersebut harus berada di  kedudukan yang Iebih tinggi daripada  teknologi yang kita guna pakai. Maknanya, kita menumpukan usaha kita untuk mencapai  matlamat tersebut, bukan “terperangkap”  dengan alat atau kaedah teknologi yang kita  gunakan. Kita boleh bertanya, adakah  terdapat cara atau alatan lain yang boleh  kita gunakan untuk mencapai matlamat yang  sama, tanpa terikat dengan alat atau kaedah tertentu?
 
Persoalan ini menjadi penting terutamanya apabila teknologi yang menjadi sebahagian
daripada kebiasaan hidup kita tidak dapat kita gunakan.

KL18_210411_TELEFON SEMASA MEMANDU

“Selesa” dengan Teknologi?
 
Penulis pernah terbaca di sebuah web, kisah  sepasang warga tua yang datang rnenziarahi  anaknya yang tinggal di Putrajaya. Mereka  telah keluar pada sebelah siang, di sekitar  Putrajaya dengan memandu kereta. Malang  sekali, mereka telah tersesat jalan dan  tidak dapat mencari jalan pulang ke rumah  anaknya. Sepanjang “kehilangan” mereka,pihak  keluarganya bimbang dan telah berusaha untuk  keluar mencari tetapi tidak berhasil. Kebetulan pula, si ayah tersebut telah  tertinggal telefon bimbitnya di rumah  anaknya dan tidak dapat menghubungi atau  dihubungi sesiapa. Akhirnya, pasangan  tersebut berjaya mencari jalan balik ke  rumah anaknya menjelang malam.
 
Apabila membaca kisah ini, penulis berasa  kasihan terhadap apa yang telah berlaku  kepada pasangan warga tua tersebut. Namun  penulis juga terfikir, mengapakah mereka  tidak berhenti untuk bertanya arah jalan  pulang ke rumah anaknya, contoh bertanya  kepada pekerja di stescn minyak atau kedai  berhampiran?
 
Sekiranya mereka tidak ingat alamatnya,  setidak-tidaknya boleh bertanya tempat  terdapat telefon awam atau meminjam telefon pekerja tersebut untuk menghubungi ahli  keluarganya. Paling tidak, bertanyakan arah  ke balai polis bagi mendapatkan bantuan  daripada anggotanya yang berhemah.
 
Walau bagaimanapun, dalam keadaan cemas,  kita mungkin tidak mampu untuk bertindak  dengan sebaiknya. Kisah sebegini juga  mungkin pernah berlaku kepada kita sendiri,  kerana kadangkala akibat dek terlalu  “selesa” dengan kecanggihan teknologi  terkini, kita terlupa tentang cara-cara lain  yang dapat membantu kita mencapai matlamat  yang kita inginkan.
 
Seperti yang disebutkan di atas, memang  tidak dapat dinafikan, tuntutan-tuntutan  kehidupan masa kini memerlukan penggunaan  teknologi yang meluas. Dari satu segi, kita  harus waspada jangan sampai kita sengaja  mengada-adakan sesuatu “tuntutan” yang  sebenarnya bukanlah satu tuntutan. Ini  merujuk kembali matlamat yang jelas  disebutkan tadi. Kita mengawal teknologi  dalam kehidupan kita, bukan teknologi  mengawal hidup kita.
 
Sebagai Muslim, cara kita mengendalikan  teknologi sudah tentu berpandukan garis  panduan yang telah digariskan oleh Islam.
 
Sewajarnya teknologi menjadi sesuatu yang  memudahkan kita, bukannya sesuatu yang  mengongkong kehidupan kita. Teknologi  sememangnya perlu, tetapi janganlah terlalu  obsesi. Jadi, kembali kepada tajuk penulisan  ini: Hidup Tanpa Telefon Bimbit, Bolehkah?  Sama-samalah kita ?kirkan jawapannya.
search terms:
telefon bimbit,Maksud telefon bimbit,telefon,telefon bimbit melalaikan,membaca doa melaluai tepon bimbit,mengapa kita tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit,remaja tidak boleh hidup tanpa telefon,soalan telefon bimbit,adakah telefon bimbit itu keperluan,telefon bimbit membantu dapatkan maklumat,telefon bimbit sebagai alat melayari internet,telefon bimbut,telefon untuk orang tua,Telefon:,tujuan telefon,langkah telefon bimbit untuk kehidupan seharian,hidup tanpa telefon bimbit ibarat seperti,alasan manusia boleh hidup tanpa telepon bimbit,belajar tanpa guna telefon bimbit,bimbit,Bolehka hidup tanpa telfon,bolehkah hidup tanpa telefon dan intrnet,bolehkah kita dapat hidup tanpa teknologi,cara buat youtube adsense guna telefon bimbit,cara cara hidup tanpa talefon,fungsi telefon bimbit,Hidup tanpa talipon,hidup tanpa tel,hidup tanpa telefon,hidup tanpa telefon bimbit,hidup tanpa telefon bimbit ibarat,youtube adsense dengan telefon

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment