Was-Was Dalam Ibadat

Was-Was Dalam Ibadat

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan penyakit was-was yang sering datang terutamanya ketika melaksanakan ibadat seperti berwuduk, solat dan bersuci?

JAWAPAN:
Seseorang yang mengalami penyakit was-was ini pada kebiasaannya merasa belum sempurna membasuh anggota wuduk atau merasa belum benar-benar bersih apabila bersuci. Manakala ketika solat, takbiratul ihramnya berulang-ulang kali sehingga ada ketikanya imam sudah rukuk, namun dia masih ‘belum berjaya’ menyempurnakan takbiratul ihramnya. Hakikatnya. penyakit was-was ini bermula atau berpunca daripada sikap berhati-hati yang berlebihan.

Menurut pengakuan mereka yang pernah mengalami penyakit was-was, mereka selalu merasa khuatir jangan-jangan wuduk yang mereka ambil tidak diterima oleh Allah kerana merasakan seolah-olah masih ada syarat dan rukun-rukunnya yang kurang atau bahagian anggota wuduknya yang tidak terbasuh Demikian juga apabila hendak mendirikan Solat.

Perasaan was-was itu yang mungkin muncul di pertengahan ibadat (sekiranya tidak dari mula) merupakan helah dan gangguan syaitan yang memang suka menggoda manusia. Bagi menghilangkan penyakit was-was ini, kami  menyarankan agar mereka yang mengalaminya supaya mengikuti cara Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan ibadah iaitu sederhana dan tidak berlebih-lebihan.

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis mengingatkan umatnya bahawa mereka akan sendiri tewas sekiranya mereka memberat- beratkan urusan agama. Sheikhul Islam, Ibn Taimiyyah dalam Sahih al-Kalam at-Tayyib menyebut dua buah hadis Rasulullah s.a.w berhubung doa dan penawar bagi merawat penyakit was-was. Sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang terkutuk, dari godaannya. dari tipuannya, dan bisikannya.

Ini berdasarkan kepada firman Allah dalam Surah al-Fussilat, ayat 36 yang bermaksud: “Dan jika syaitan mengganggu mu dengan suatu gangguan, maka berlindunglah kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Seorang sahabat, Othman bin Abi al-‘Ash pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w  tentang syaitan yang menggoda ketika hendak solat, lalu Rasulullah s.a.w pun bersabda (maksudnya): Itulah syaitan yang bernama  Khanzab, jika engkau merasakan kehadirannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya ( a‘uzubillah.. ) dan tiuplah ke arah kiri mu sehanyak tiga kali. Othman berkata; Aku lalu mengamalkannya dan Allah pun menghilangkannya dariku. (Hadis riwayat Muslim.)

jobs from - my.neuvoo.com bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense
search terms:
hadis tentang penyakit was was,hadis berkaitan penyakit was was,hadis berkenaan penyakit was was,hadis was was,Hadis was-was,hadis waswas,hadith tentang gangguan khanzab ketika solat

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share

Leave a Comment