Wanita dan Hipokrasi Barat

Wanita dan Hipokrasi Barat

Barat sentiasa mencari jalan dalam melemahkan serta menghancurkan umat Islam. Orientalis barat telah mengkaji bahawa Islam tidak dapat ditentang dengan kekerasan dan peperangan maka mereka mula menggunakan cara halus iaitu meracuni pemikiran-pemikiran umat Islam dengan ideologi-ideologi yang sengaja mereka ciptakan.

Isu wanita sering dijadikan isu murahan oleh barat untuk menyerang ideologi Islam. Sejak dari dahulu barat secara terang-terangan mengatakan bahawa Islam adalah agama yang mengongkong dan merendahkan martabat wanita dari segi aspek kehidupan. Mereka berusaha mengubah persepsi umat Islam dengan memperlihatkan seolah-olah mereka memperjuangkan hak-hak wanita, sedangkan hakikatnya, merekalah yang paling banyak memperhambakan serta merendah-rendahkan martabat wanita.

Mereka sering menonjolkan ‘tokoh wanita’ idaman mereka sendiri sebagai wadah untuk menyerang ajaran Islam. Taslima Nasreen, sebagai contoh tiba-tiba mendapat pencalonan Hadiah Noble Tahun 2005 kerana tulisannya banyak menyerang dan ‘memperbetul ajaran Islam yang berkaitan dengan wanita. Jadi tidak hairanlah sekiranya akhbar Guardian, dalam laporannya mengenai pergerakan Sisters in Islam begitu ghairah memuji Zainah Anwar dari SIS- “Zainah Anwar is a good Muslim. She is also an outspoken campaigner for womenis rights. To many Muslim men in Malaysia and beyond, these two factors are barely compatible” (‘Sisters take on scholars in battle for Islam,’ Simonfi Tisdall, Guardian Unlimited – 1.06.2005)

TIPU DAYA BARAT

Antara isu-isu yang dibangkitkan untuk mengelirukan umat Islam adalah isu jihad, poligami, hudud dan emansipasi wanita. Dalam serangan-serangan ini, isu wanita memberi kesan yang amat mendalam ke atas umat Islam sehinggakan kaum wanita yang terpengaruh dengan pemikiran barat ini secara sedar atau tidak telah menjadi proksi barat dalam ‘per]uangan’ mereka. ‘

Pihak baratjuga memanipulasikan isu-isu yang berkaitan dengan hak warisan harta pusaka oieh wanita dengan mengatakan wanita didiskriminasikan kerana hak yang tidak sama lata dengan lelaki dalam menefima harta pusaka. Konsep ini turut diterima pakai oleh Dr. Nasr Abu Zaid (sekularis Mesir) yang mengatakan bahawa Islam hendaklah menghapuskan hukum harta pusaka dan menyamakan bahagian agihan antara lelaki dan wanita. Dalam sebuah penulisan yang bertajuk “Afghanistantloan of Arc: Dies on the Crucifix of Islam (Jim Woods, ‘Capitalisme MagazinejMay 7, 2005) penulis artikel ini telah mengulas penghukuman rejam seorang wanita yang bemama Amina sebagai penzina muhsan (yang telah berkahwin) dengan memuji sistem Barat dan merendahkan Islam. Sikap seperti ini menunjukkan kejahilan dan kebendan barat yang amat sangat ke atas sistem Islam.

BARAT SEPERTI KETAM YANG MENYURUH ANAKNY BERJALAN BETUL.

Dalam tahun 2003 sahaja, di Amerika Syarikat (AS), menyaksikan 93 233 kes rogol – 63 orang wanita dalam 100 000 telah menjadi mangsa rogol. Pada setiap satu atau dua minit akan ada seorang wanita AS yang diganggu secara seksual dan dalam masa setiap enam minit, satu kejadian rogol akan berlaku (FBI). Bilangan wanita didera dan dirawat di ‘First Aid Centers’ melebihi satu juta orang. Dan lebih daripada 1 500 wanita dibunuh oleh suami, kekasih dan teman sebilik (The Milenio, Mexico, Sept 26, 2004). Hampir 78% wanita di barat secara fizikal menjadi mangsa gangguan seks sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka. Tambahan pula, 79% daripada wanita barat didera secara seksual sekurang-kurangnya sekali. Kajian yang dilakukan oleh U5 National Institute of Justice menunjukkan bahawa semasa menghabiskan masa 4 tahun pembelajaran di kolej, 88% wanita menjadi mangsa serangan fizikal atau mangsa seks dan 64% daripada mereka ini pernah mengalami kedua-dua kes.

Penjagaan kesihatan terhadap wanita di AS juga adalah antara yang paling teruk di dunia; ini diceritakan sendiri oleh Dr. Jody Heyman, dari Harvard School of Public Health. Daripada 168 buah negara yang dikaji penulis ini, beliau berkomentar tentang AS sebagai..far behind the rest ot the World.. (…jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain di dunia) (AP Boston, Jun 17, 2004).

Di bumi Uncle Sam sendiri diskriminasi terhadap wanita dalam bidang pekerjaan tidak kurang hebatnya; menurut akhbar The Sun (Julai 16, 2004), kes yang dikendalikan oleh US Equal Employment Opportunity Commission tentang diskriminasi jantina di daiam bidang tenaga kerja meningkat 12% dalam masa 10 tahun. Pada tahun 2004, terdapat dua kes yang menarik perhatian. Ianya berkaitan dengan kes “gender bias”yang melibatkan 1.6 juta pekerja wanita di Wal Mart dan kes yang lain melibatkan 340 staf wanita Morgan Stanley (New York ‘limes, Julai 13, 2004). Wanita yang bidang tugasnya tidak berbeza dengan pekerja lelaki tidak dibayar kadar gaji yang sama -statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh AS menunjukkan bahawa wanita mendapat median gaji 81.1% gaji lelaki. Daripada statistik yang disebut di atas telah jelas kepada kita bahawa slogan barat yang kononnya memperjuangkan hak-hak bagi wanita adalah omong kosong dan mereka juga seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Adakah wajar kita mengikut ideologi mereka sedangkan nasib wanita di negara mereka sendiri tidak terbela? Sudah terang lagi bersuluh bahawa agenda mereka yang paling utama adalah menjatuhkan Islam itu sendiri, bukannya memperjuang hak-hak wanita.

ISLAM DAN WANITA.

Sesungguhnya Islam telah meletakkan wanita pada martabat yang tinggi. Bukannya merendah-rendahkan serta menganiayai wanita seperti yang dipropagandakan oleh barat. ‘tiada keadilan dan hak wanita pada agamna lain yang dapat menandingi keadilan yang telah diletakkan oleh Islam pada golongan wanita.

Al-Syeikh Muhammad al-Ghazali mengatakan di dalam kitab Qadhaya AI-Mar’ah: “Islam telah menyamakan antara lelaki dan wanita pada hak-hak dan kewajipan secara keseluruhan, meskipun wujudnya beberapa perbezaan, ia adalah suatu penghormatan terhadap asal fitrah kemanusiaan,justeru perbezaan peranan dan fungsi mereka. Islam didakwa menghina wanita dan menganggap mereka lemah. Adakah di dalam kitab Allah dan sunnahNya apa-apa yang boleh mendorong kepada tohmahan sebegini? Al-Quran yang berada di tangan kita telah menetapkan bahawa sesungguhnya kemanusiaan itu berlangsung dengan dua sayapnya -lelaki dan wanita – jika salah satu sayap itu patah maka pincang dan tersungkurlah kemanusiaan.”

Di dalam al-Quran telah termaktub mengenai prinsip perkongsiari manusiawi antara lelaki dan wanita. Pengucapan al-Quran teiah ditujukan kepada dua jenis manusia ini secara saksama berkenaan penjelasan tabiat insan atau pengucapan perintah, tegah atau perkhabaran, seperti mana firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan—pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (al-‘Asr: 2-3)

Dan firman Allah Ta’ala lagi yang bermaksud:

“Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (beriaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.”(al-Infitarz 6-7)

Manakala dalam hadis turut diriwayat tentang prinsip persamaan antara lelaki dan wanita sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita-wanita itu saudara kandung bagi lelaki “.

Hadis ini menjelaskan persamaan yang tabi’ie berdasarkan penciptaan. Rasulullah telah menyatakan dalam pengungkapannya berkaitan hubungan antara lelaki dan wanita dengan lafaz syaqoiq iaitu berasal daripada kalimah as-syiqqu (separuh dari sesuatu), dan sesuatu itu tidak sempurna melainkan jika digandingkan dengan pecahannya. Lelaki tidak sempurna melainkan jika digandingkan dengan wanita dan begitulah sebaliknya.

Dalam mendedahkan kekeliruan isu wanita dan mempenjelaskan kesangsian yang wujud kita perlu mengetahui prinsip sebenar mengenai pandangan Islam terhadap lelaki dan wanita. Apabila mengetahui dengan jelas segala prinsip ini, kita da pat menyingkap hakikat bahawa tidak ada diskriminasi antara lelaki dan wanita dalam Islam. Sudut pandangan temadap lelaki dan wanita yang menjadi perhitungan ialah kedua-duanya adalah insan dan insan itu memiiiki jenis jantinanya. Tabiat semulajadi keinsanan pada lelaki dan wanita adalah sama, manakala kelakian dan kewanitaan itu berbeza. Bukanlah sifat kelakian itu menjadi sebab kepada kemajuan dan bukanlah sifat kewanitaan itu sebagai alasan kepada kemunduran.

search terms:
kes diskriminasi di US,contoh hipokrasi adalah,ideologi barat perempuan selalu betol,ideologi barat perempuan selalu betul,pandangan wanita barat,tabiat lelaki mengikut cara berjalan

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment