Ular Hitam

Ular Hitam

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah… Kisah nyata. Sahabat, ada baiknya kita boleh mengambil hikmah dari cerita ini. Kisah ini datang dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40 tahun-an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan di tanah perkuburan Al-Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari masjidil haram selepas solat Zuhur.

Setelah sampai saja di tanah perkuburan tersebut,alangkah kagetnya mereka mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah… Keadaan ular tersebut amat mengerikan.

Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km jauhnya).

Setelah mereka sampai di tanah perkuburan tersebut,rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.

ALLAHU AKHBAR!!! Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang anehnya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan jenazah wanita itu,tiba-tiba ular hitam yang diletakkan berjauhan dari situ datang menjalar dengan pantas dan masuk ke dalam kubur wanita itu.

Masyaallah… Ular itu masuk ke dalam kuburan wanita itu…

Dengan seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pohon yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut,alangkah kagetnya mereka kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah-matahkan tulang jenazah itu.

Subhanallah… Ada beberapa orang yang berada di sekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi?

Rupa-rupanya sewaktu hayatnya,wanita tersebut suka melewat lewatkan solat.

INI BARU SEKSAAN DI DUNIA AKIBAT MELEWATKAN SOLAT… BAGAIMANA KALAU TAK SOLAT? Naudzubillah…

Sahabat,marilah… kita ambil iktibar dan pedoman dari kisah ini.

Dari sahabat sekalian? Sudah berapa kali meninggalkan solat? Sudah berapa kali melalaikan solat? Sudah berapa kali meremehkan solat?

Jaga solatmu, jaga ahlaqmu,jaga pandanganmu, jaga kehormatanmu sahabat dan jaga semua yang diperintahkan olehNya.

Sahabat semua mau kembali ke dalam kampung halamankan sahabat? Ya,kampung halaman kita. Kampung halaman kita adalah Surga! Jangan lalaikan solat kita… Always solat 5 waktu.

Kita sama-sama belajar saling menasihati dan mengingatkan satu sama lain. Itulah, indahnya ukhuwah islamiah.

jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
Ular hitam,cara membuat meriam tanah,cara² membuat meriam tanah,doa bila melihat ular hitam,liang lahat di jaga ular,name ular hitam,sahabat yang boleh membawa kita ke syurga,solat ular hitam

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • aghan galuh

    teriama kasih atas sharingnya, ini pembelajaran bagi kita semua untuk tetap istiqomah menegakan shalat

Leave a Comment