Tiada Rahsia Antara Lelaki

Tiada Rahsia Antara Lelaki

Di satu sudut sebuah pejabat pada waktu tengah hari sambil menunggu waktu fardu Zuhur, tiga orang lelaki sedang berbual-bual dan sesekali tergelak kecil. Jika diperhatikan dari iauh, mungkin ada sesuatu yang menarik sedang diceritakan oleh mereka.
 
Pada masa yang sama, sepasang mata salah seorang daripada mereka menjeling-jeling ke arah persekitaran sebagai isyarat atau simbolik kepada perbualan rahsia sedang berlangsung. Agaknya, apakah yang dibualkan oleh mereka? Sekiranya dikatakan sedang mengumpat seseorang, tuduhan itu bukanlah sesuatu yang tepat bagi lelaki tulen seperti mereka. Tiada dalam diari hidup seorang lelaki tulen istilah mengumpat.
 
Persoalan begini sukar untuk dijawab oleh perempuan, hanya mereka yang tahu. Sebab utama, perbualan mereka adalah rahsia lelaki dan tiada rahsia antara lelaki. Sebab kedua, lelaki ialah penyimpan rahsia yang baik.
 
Sebab Tiada Rahsia
 
Mengapa dikatakan tiada rahsia antara lelaki? Di sebalik ilmu pengetahuan yang menjadi agenda utama perbualan antara lelaki, diselitkan juga kisah bola, kereta, makanan, filem dan pengangkutan awam. Namun, terdapat satu chatting part (bahagian perbualan) yang betul-betul menjadi bahan untuk disimpan oleh lelaki di peti simpanan rahsia mereka. Ya, tentang perhubungan dengan gender yang berlawanan atau perempuan.
 
Kenapa perhubungan dengan gender berlawanan kerap menjadi perbualan rahsia mereka, seolah-olah perempuan ialah “alien”yang tidak tahu datang dari planet mana? Harus diingatkan, perbualan tentang perhubungan ini tidak termasuk dalam umpatan sesama insan kerana ia lebih berat kepada pengetahuan am. Di sini diletakkan dua sebab:
 
1. Kebiasaannya, lelaki akan bertanya atau menuntut ilmu dengan orang yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal ini untuk menambah baik hubungan kekeluargaan ketika berumah tangga kelak.
 
2. Mengenali hati dan perasaan perempuan yang akan menjadi suri dalam rumah tangga mereka dengan cara “berforum” sesama lelaki kerana tidak mungkin sebagai lelaki Muslim bertanya terus kepada perempuan sedangkan mereka tiada hubungan munakahat yang sah. Sebenarnya, terdapat satu lagi sebab tetapi ia rahsia lelaki dan tidak perlu diberitahu kepada umum.
 
Begitulah serba sedikit tentang sebab tiada rahsia antara lelaki dan pada masa yang sama ia rahsia kepada perempuan. Namun, adakah lelaki boleh menyimpan rahsia setelah berumah tangga?
 
Rahsia dalam Rumah Tangga
 
Suatu masa, saya berdiet kerana saya merasakan berat badan saya melebihi daripada kebiasaan. Diet ini dilakukan dengan
bantuan isteri yang menjaga makan dan minum saya. Malangnya, apabila di pejabat (ketika ketiadaan isteri di sisi), makanan saya adalah satu kemewahan. Saya dapat makan apa-apa sahaja kerana isteri saya tidak nampak.
 
Apabila pulang ke rumah, saya merahsiakan tentang pemakanan mewah saya daripada isteri. Saya berjalan secara gerak perlahan agar kelihatan seperti keletihan kerana kekurangan karbohidrat dan secara tidak langsung isteri saya fikir saya menjaga diet saya. Saya menceritakan bahawa saya hanya makan biskut tawar cecah teh O sahaja di pejabat.
 
Oleh kerana melihat diri saya yang lemah, isteri saya pun menyiapkan makanan yang sesuai bagi orang diet. Sayamemerhatikan makanan tersebut tanpa perasaan kerana saya fikir makanan tersebut sukar ditelan. ‘
 
Kemudian, ayat ini terbit dari mulut saya: “Dah kenyang.”
 
Isteri berkata: “Dah agak dah. Masa ayah cerita makan biskut di pejabat, ibu dah tahu ayah rahsiakan sesuatu.”
 
Saya bertanya: “Macam mana ibu tahu?”
 
Beliau menjawab: “Tu bercakap sambil cuit-cuit hidung.”
 
Saya terkesima. Ya, isteri saya amat memerhati kerana beliau tahu apabila sayatidak bercakap jujur. Jadi, tiada rahsia
antara suami dengan isteri.
 
Simbolik daripada kisah:
 
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
 
Ala kulli hal: Rahsia tetap menjadi rahsia andainya rahsia tidak terbongkar.
jobs from - my.neuvoo.com bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense
search terms:
rahsia lelaki,cara lelaki berborak sesama lelaki,cerita perbualan lelaki dan lelaki,lelaki dan ibu tiada rahsia,perbualan antara lelaki & lelaki mengenai perempuan,rahsia antara lelaki dengan lelaki,rahsia antara suami isteri,tiada rahsia antara suami isteri,wallpaper dalam perhubungan tiada rahsia

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment