Tahukah Anda Apakah Penawar Yang Boleh Membuka Pintu Kebahagiaan Hidup Anda ?

aLLAH

Rezeki anda sempit maka beristighfarlah

Jodoh anda lambat maka beristighfarlah

Sudah penat berikhtiar untuk beroleh zuriat maka beristighfarlah

Tanaman yang anda ushakan tidak menjadi maka beristighfarlah

Doa lambat di makbulkan maka beristighfarlah

Jerebu atau kemarau berpanjangan maka beristighfarlah

DALIL:

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam:Aku katakan kepada kaumku

” Beristighfarlah kamu kepada Tuhan,sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai”

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan soalan yang ditanaya berbeza?.Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang disebut oleh Nabi Nuh ‘alaihis salam”

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah menceritakan ketika beliau menghadapi masalah beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih,di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya..
ISTIGHFAR“..Inilah penawar yang akan membuka pintu kebahagian hidup anda dengan syarat:-

1. IKHLAS dan KUSYUK, bukannya hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah..

2. YAKIN bila kita melazimi istighfar Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan membuka pintu-pintu penyelesaian masalah yang kita sedang hadapi..Sesungguhnya penghalang doa seorang insan itu adalah dosa-dosa yang dilakukannya..

3. ISTIQAMAH beristighfar tidak kira dimana kita berada seperti yang diamalkan oleh Syeikh Ibnu Taimiyah..

Selamat Beramal…

search terms:
tahukah anda,doa dan penawar rezeki sempit,doa penawar dan pendinding,doa rezeki syeikh hasan al basri,penawar dari sempit rezeki,penawar doa lambat rezeki,pintu kebahagian

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment