Rumpai Laut Untuk Penjagaan Kesihatan Kulit Secara Semulajadi

Seaweed+Skincare+Benefits+6
Terdapat bahan-bahan yang tercemar di udara yang boleh menyebabkan kulit kita sangat mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Pencemaran udara boleh meningkatkan proses penuaan seperti kulit kering, jerawat, ruam, selulit dan ekzema kulit. Penggunaan rumpai laut dapat menyuburkan kulit, melindungi dan meningkat peredaran darah serta mengekalkan agar kulit lebih sihat. 

Rumpai laut penuh dengan vitamin, mineral, unsur surih dan asid amino yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan muda. Hidupan marin ini ternyata semulajadi membantu melambatkan proses penuaan kulit sambil melindungi kulit daripada elemen-elemen yang kasar di udara dan air yang kita gunakan seharian. Rumpai laut merupakan sumber utama vitamin B12, selenium dan asid ascorbic yang berfungsi melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas. Iodin organik yang terdapat dalam rumpai laut meningkatkan tahap metabolisme badan. Rumpai laut juga mengandungi asid lemak untuk memerangi keradangan kulit.

Cara Rawatan Rumpai Laut 

Rumpai laut semakin menjadi pilihan popular di Spa Thalassotherapy. Rumpai laut kini diiktiraf dalam keupayaan untuk memulihkan semula, membaiki dan melembapkan kulit.

Salutan Seaweed: Rumpai laut yang mengandungi Fucus dan alga Laminaria digunakan untuk membalut kulit. Toksin dan bakteria akan dibuang melalui liang pora pada wajah. Iodin organik dari alga Laminaria membantu pembakaran Fucosterol serta membantu mengurangkan lemak.

Salt Glow: Terapi ini menggunakan tapak tangan untuk sapuan garam laut/asas minyak mineral di seluruh tubuh. Pengelupasan dan ransangan peredaran darah akan berlaku membolehkan vitamin dan mineral masuk menerusi liang pori.

Rawatan Haba: Serbuk rumpai laut akan dicampurkan dengan air suling panas dan diletakkan secara langsung pada kulit. Kemudian dibalut dengan tuala untuk membolehkan vitamin dan mineral untuk menembusi liang pori. Liang akan terbuka dan membenarkan bakteria dan toksin dikeluarkan dari liang pori.

Kulit kita adalah organ terbesar dalam badan kita. Tiada siapa yang mempunyai kulit yang sempurna. Bahan kimia dalam udara, air dan makanan mempunyai banyak kesan negatif ke atas kulit kita. Salah satu rahsia alam semula jadi yang indah ialah rumpai laut yang membantu membaiki kulit dan badan sambil mengembalikan kita lebih awet muda.

jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
arca rumpai laut,laut penting untuk bekal sumber mineral

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment