Persoalan Adakah Jatuh Talak

Adakah Jatuh TalakPersoalan Jatuh Talak

1. Bagaimanakah yang dimaksudkan sebagai jatuh talaq?

2. Apakah talaq boleh berlaku dalam keadaan separa sedar? Contohnya ketika dalam keadaan terlalu mengantuk, pening, fikiran merawang dan sebagainya?

3. Adakah melawak untuk hantar pulang (bukan ke rumah ibunya) juga boleh dijadikan sebagai jatuh talaq?

Pendahuluan

Talak adalah satu perbuatan yang dibolehkan di dalam Islam namun ia adalah merupakan perkara yang tidak disukai oleh Allah. Ini kerana talak akan menyebabkan institusi kekeluargaan yang dimetrai selama ini akan rosak dan musnah sejurus sahaja talak dilafazkan.

Walaubagaimanapun, hukum talak akan berubah kepada hukum yang lima berdasarkan keadaan yang berlaku kepada satu-satu kekeluargaan.

Oleh itu pasangan suami isteri perlu berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan agar kekeluargaan dapat dijaga dan dapat dipelihara demi masa depan pasangan suami isteri dan anak-anak yang lahir daripada perkongsian hidup suami isteri.

1- Pengertian Talak:

Menurut kitab-kitab feqh, talak diertikan dengan:

وَالطَّلَاقُ فِي عُرْفِ الْفُقَهَاءِ هُوَ : رَفْعُ قَيْدِ النِّكَاحِ فِي الْحَالِ أَوْ الْمَآلِ بِلَفْظٍ مَخْصُوصٍ أَوْ مَا يَقُومُ مَقَامَهُ . وَالْمُرَادُ بِالنِّكَاحِ هُنَا : النِّكَاحُ الصَّحِيحُ خَاصَّةً ، فَلَوْ كَانَ فَاسِدًا لَمْ يَصِحَّ فِيهِ الطَّلَاقُ ، وَلَكِنْ يَكُونُ مُتَارَكَةً أَوْ فَسْخًا

Yang bermaksud:

Merungkaikan ikatan perkahwinan yang sah pada masa dilafazkan talak atau pada masa hadapan dengan menggunakan lafaz yang khusus atau apa sahaja yang menggantikan peranan lafaz talak tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada pengertian di atas adalah: talak boleh berlaku dengan lafaz talak ataupun isyarat ataupun dengan tulisan yang disertai dengan niat untuk menjatuhkan talak. Oleh itu seandainya seseorang suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya namun suami tersebut tidak melafazkan talak ataupun tidak melakukan sebarang isyarat perbuatan ataupun tidak menuliskan lafaz talak tersebut, maka talak tersebut tidak akan berlaku.

2- Talak hanya berlaku apabila suami sedar akan ucapan talaknya:

Talak tidak akan berlaku melainkan apabila sang suami memang betul-betul sedar dengan tindakan yang diambil olehnya. Oleh itu apabila seseoang suami berada dalam keadaan tidak sedar seperti tidur, gila, pitam ataupun separa sedar seperti berada dalam keadaan mamai ataupun sebagaimana yang dinyatakan di dalam soalan, maka talak tidak akan berlaku.

Namun apabila lafaz talak dinyatakan dengan niat bergurau seperti apabila seseorang suami berkata kepada isterinya:”saya jatuhkan talak satu ke atas kamu” dalam keadaan si suami bergurau, maka talak tetap jatuh dan berlaku sekalipun si suami beniat hanya sekadar satu gurauan. Ini kerana talak merupakan satu perbuatan yang sangat bahaya dan tidak boleh untuk dipandang mudah dan enteng. Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Ibnu Majah:

ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ ، وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Yang bermaksud:

Tiga perkara yang apabila seseorang bersungguh-sungguh dalam melakukannya maka natiahnya ialah berlaku apa yang diingininya dan apabila dia bergurau dalam tiga perkara ini, maka dia akan dihukum dengan dijadikan gurauannya sebagai satu kenyataan. Tiga perkara itu adalah perkahwinan, talak dan rujuk daripada talak.

3- Talak dengan menggunakan kalimah lain selain daripada lafaz talak atau cerai:

Apabila seseoang suami menggunakan lafaz-lafaz yang selain daripada lafaz cerai ataupun talak yang boleh dijadikan sebagai kiasan kepada talak, contohnya dengan dia mengatakan ”kamu boleh keluar daripada rumah aku” atau ”hari ini kamu bebas”, maka lafaz seperti ini tidak akan menyebabkan berlakunya talak melainkan apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak ketika dia melafazkan kalimah-kalimah tersebut.

Ini kerana niat untuk menjatuhkan talak adalah syarat untuk berlakunya penceraian apabila lafaz yang digunakan oleh suami adalah lafaz-lafaz yang digunakan oleh masyarakat sebagai kiasan kepada makna talak dan cerai.

Akan tetapi seandainya si suami menggunakan lafaz ”talak” atau ”cerai” maka talak akan tetap berlaku sekalipun si suami tidak bermaksud untuk menjatuhkan talak kepada isterinya. Oleh itu seandainya seseorang suami melafazkan cerai atau talak kepada isterinya dengan niat bergurau, maka talak tersebut akan berlaku lantas isterinya akan tertalak.

Adapun tindakan suami yang bergurau dengan isterinya untuk menghantar isterinya pulang sama ada ke rumah ibu si isteri ataupun ke mana-mana tempat sekalipun, talak tidak akan berlaku melainkan hanya apabila si suami berniat untuk menjatuhkan talak kepada isterinya ketika dia bekata contohnya: ”saya hantar kamu pulang ke rumah”. Ketika itu, talak akan belaku.

Source: Al-mausu`ah Al-Kuwaitiyyah jilid 29, Persoalan Jatuh Talak

search terms:
talak kias,contoh talak kias,hukum talak kias,talak,jatuh talak,perkara yang menjatuhkan talak,maksud talak kias,bagaimana talak boleh jatuh,www mindakini com,persoalan talak kias,talaq kias,jatuh talak tanpa sedar,lafaz cerai dalam keadaan melawak,lafaz cerai dalam keadaan tidak sedar,perkara-perkara yang menjatuhkan talak,lafaz cerai tanpa sedar,perkara yg menjatuhkan talak,perkara yang menyebabkan jatuh talak,perkara jatuh talak,perkara yang boleh jatuh talak,3 perkara yang menjatuhkan talak,apa maksud talak kias,talak 3keadaan tidak sedar,hukum jatuh talak,talak ki,perkara yang dibolehkan talak,perkara yang boleh menjatuhkan talak,tidak sedar talak jatuh,perkara yang menyebabkan jatuh talaq,perkara yg boleh menjatuhkan talak,perkara yg membolehkan jatuh talak#spf=1,tindakan yang boleh menjatuhkan talak,talak semasa tidak sedar,syarat talak kias,persoalan tentang jumlah talak,talak boleh jatuh,persoalan tentang talak,bergurau melafazkan cerai,talak kias makna,talak kias#spf=1,perkara-perkara yang boleh menjatuhkan talak,persoalan was was dalam lafaz cerai,Perkara yang boleh jatuh nya talak,hukum jat,hukum cerai dgn mksud bergurau,dalil talak kias tak kuat,contoh tal,cerai kias,cerai dalam tak sedar,berhati-hati dengan talak,apakah hukum talak kias,apa yg boleh menjatuhkan talak,apa itu talak kias?,apa hukum suami sebut cerai tanpa sedar,hukum talak ketika bergurau,hukum yang boleh menjatuhkan talak,jatuh tak talak dalam melawak,perbuatan yang boleh menjatuhkan talak,pekara yg memboleh kan jatuh talak,pekara yang boleh jatuh talak,pekara menyebabkan jatuh talak,kias kias tentang talak tiga,makna talak kias,lafaz yang menjatuhkan talak,lafaz cerai kias,lafaz cerai ketka bergurau,kias -kias yang boleh jatuh talak,jatuh tidak talak dalam keadaan melawak,apa erti talak kias

Apa Komen Anda

2 comments… add one
  • Saya hendak pertanya apakah jatuhnya talak sekiranya saya yg Sudah berkawin memberitahu pada seseorg perempuan Yang saya telah bercerai.. Tanpa niat menceraikan isteri saya.. Harap dapat jawapan dengan segera…
    Assalammualaikun

  • miya

    salam…sy nk tnye…klo suami sebut dlm marah ‘aku haramkan kau balik umah org tua kau…klo kau balik,kau ngn aku bo’…adakah itu jatuh talak klo sy blik kg??

Leave a Comment