Mengapa Perlu Melantik Ejen Hartanah Berdaftar

Mengapa Perlu Melantik Ejen Hartanah

Mengapa Perlu Melantik Ejen Hartanah Berdaftar?

Kita merupakan seorang pemilik rumah dan mahu menjualnya. Namun begitu, kita tidak mempunyai pengalaman dalam menjual hartanah kepada umum. Adakah kita perlu melantik ejen? Jawapannya adalah ya, kita perlu melantik ejen hartanah. Tetapi kita haruslah melantik ejen hartanah yang berdaftar sahaja. Persoalannya, mengapa perlu yang berdaftar? Ini kerana bagi mengelakkan risiko duit pemilik rumah dibawa lari atau berlaku ketidakjujuran oleh pihak ejen hartanah.

#1 Elak Penipuan

Ejen berdaftar merupakan ejen yang dilantik secara sah di bawah Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah. Bagaimana kita mahu mengenalpasti bahawa seseorang itu adalah seorang ejen yang sah? Dapatkan ID atau kad nama mereka dan lakukan semakan di laman web Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (http://www.lppeh.gov.my). Semakan ini penting bagi memastikan ejen berkenaan berdaftar dan mempunyai butiran lanjut. Sebagai ejen berdaftar, mereka tidak akan menerima deposit masuk ke dalam akaun peribadi, sebaliknya akan didepositkan ke akaun Agensi Hartanah. Setiap Ejen Berdaftar semestinya akan bergerak di bawah Agensi Hartanah masing-masing.
Jangan sesekali mendepositkan wang sama ada tunai atau cek ke akaun peribadi ejen hartanah. Risiko yang sangat besar.

#2 Kelancaran Proses Jual Beli Hartanah

Sekiranya kita mahu menjual hartanah, kita perlu sedar bahawa transaksi yang akan berlaku melibatkan nilai sehingga ratusan ribu malah mencecah jutaan ringgit. Ejen berdaftar sudah semestinya mempunyai kemahiran yang tinggi terutama dalam selok belok jual beli hartanah. Daripada proses wang tempahan sehinggalah kepada proses menandatangani surat perjanjian.

Ejen berdaftar juga merupakan seorang yang arif tentang keadaan persekitaran. Mereka akan membuat kajian terlebih dahulu dalam menentukan harga yang sesuai untuk diletakkan. Daripada aspek persekitaran, lokasi, jenis rumah dan kemudahan akan diteliti dengan sebaiknya. Oleh kerana itulah, ejen hartanah berdaftar juga dikenali dengan nama perunding hartanah. Sebagai pemilik rumah, kita boleh meletakkan harga cadangan, dan akan dinilai oleh pihak ejen.

Agensi hartanah akan menerima sekurang-kurang 3% daripada nilai jualan yang persetujui.
Ejen hartanah berdaftar tidak boleh melakukan sebarang penyelewangan kerana setiap perkara yang berlaku akan direkodkan dan dilaporkan kepada Agensi Hartanah. Maka, pemilik rumah tidak perlu bimbang, hanya menunggu proses jual beli rumah selesai.

#3 Rumah Mudah Terjual

Ejen hartanah berdaftar akan sedaya upaya menjualkan hartanah kita kepada umum. Mereka bukan sahaja mengiklankan di kawasan-kawasan tumpuan, malah turut membuat iklan di internet dan surat khabar. Selain itu, dengan mempunyai jaringan luas antara ejen-ejen hartanah yang lain, mampu membantu melancarkan lagi proses jual beli. Ini kerana mereka boleh membuat cadangan dalam memilih peguam, pentaksir hartanah dan pihak bank yang mudah untuk berurusan.

jobs from - my.neuvoo.com bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense
search terms:
agen hartanah,mengapa perlu agen hartanah

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment