Mendepani Islam Liberal

Mendepani Islam Liberal

APA perasaan anda ketika membaca dengan seimbas lalu beberapa susunan kalimah yang menjadi mukadimah sebuah laman web yang mencerminkan sifatnya sebagai sebuah laman web yang lslamik sepeni berikut, iaitu:

Dengan nama Allah
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Tuhan segala agama.

Adalah baik apabila memulakan apa jua pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Bahkan ia suatu perkara yang terpuji. Tetapi, perasankah pembaca semua pada tiga patah kalimah dalam baris yang terakhir di atas? Pada fikiran para pembaca sekalian, tidakkah ia memberi apa-apa pengertian atau makna tersirat? Atau ia adalah perkara biasa? Atau pembaca turut sama membenarkan apa yang diungkapkan tersebut? Kalau saudara pembaca perasan, inilah antara bahayanya apa yang dinamakan Islam Liberal. Dan pengaruhnya pula semakin menjalar ke dalam masyarakat kita di Malaysia.

Sudahlah umat Islam di Malaysia murtad dek hero-hero Hindu, murtad Iagi dek kaya dan prihatinnya Kristian terhadap kebajikan insan-insan yang lemah iman Iagi cetek ilmuagamanya…dan kini disesatkan pula oleh Islam Liberal! (Belum dikira puluhan ajaran sesat lain yang masih bernafas).

Amat malang sekali apabila muncul golongan-golongan yang didatangi semangat untuk mengamalkan Islam dalam keadaan belum mempunyai asas sebelumnya tiba-tiba menemui apa yang dinamakan sebagai Islam Liberal ini. Golongan ini akan berpegang kemas dengan apa yang disangka adalah Islam yang sebenar sedangkan sebenarnya palsu. Golongan seperti inilah yang dilihat  selalunya teguh dengan ajaran Islam. Bahkan  lebih teguh pegangan dan amalan mereka berbandjng golongan yang telah lama berkecimpung dalam agama sejak dari awal  lagi. Bandingkan Secara zahirnya mereka lebih baik dari sesetengah kita para pelajar! Cuma amatlah malang sekiranya mereka tidak menemui Islam sebenar sebaliknya menemui Islam Liberal ataupun mana-mana ajaran yang menyimpang seperti ajaran Ayah Pin.

Hanya kerana nama, ramai yang terkeliru. Sebagaimana ramai orang yang terkeliru antara istilah IslamHadhari dan Hadarah lslamiah, pisang goreng, dan goreng pisang dan seumpamanya.

Pendokong Islam liberal bukan sembarangan penyesat. Amara mereka ada yang berstatus doktor falsafah seperti Dr. Nurcholis Majid atau mesra dikenali sebagai Cak Nur. Mereka bijak dalam berhujah, pandai bermain Iogik akal, serta keramahan mereka menawan hati sesiapa jua.

Nafsu mana tidak melonjak gembira apabila dapat bebas dari cengkaman agama. Lalu Islam Liberal datang mengatakan setiap individu bebas sama ada untuk menganut atau tidak menganut maria-mana agama. Manusia bebas untuk berpegang dengan mana-mana agama sebab semua agama adalah sama pada ajaran Islam Liberal. Masakan tidak, semua agama akhir kesudahannya adalah menuju kepada Allah jua! Nauzubillah.

Kononnya memperjuangkan hak wanita, mereka menentang hukum syariah. Atas nama mengangkat peranan dan fungsi otak, mereka meletakkan akal lebih tinggi daripada kalam Allah dan kalam Rasul. Siapalah ulama’ di sisi mereka kerana ulama bukannya maksum. Sedangkan mereka juga mampu untukberijtihad.

Merekalah munafik abad ini. Kulitnya Islam tapi isinya kufur. Apa yang mereka sebarkan ini adalah biclaah terkeji saat dunia mengecap era millennium baru.

Ditambah lagi, liputan mereka amatlah luas.  Mereka diberi tempat oleh media-media massa, mendapat tempat pula di kalangan pembaca dan audiens. Mereka menerbitkan buku-buku, tulisan mereka tersiar di dada- dada akhbar, mereka mengadakan forum-forum, dan mereka juga membangunkan laman web serta menghidupkannya. Bayangkanlah, sekiranya buku-buku diayah puak Kristian  apabila ditulis dalam judul-judul lslam pun sudah begitu mengelirukan, tidakkah buku- buku Islam Liberal lebih memperdayakan?

Berdepan dengan permasalahan-permasalahan umat Islam di Malaysia mahupun di mana jua, seperti masalah sosial, krisis akidah, kebejatan masyarakat, dan sebagainya. Maka selalulah terpacul soalan:

“Apakah peranan Azharil Azhariah dalam masalah ini?“,

“Apa yang perlu dan boleh dilakukan oleh Azhari/Azhariah?”, dan pelbagai lagi soalan seumpamanya.

Terkadang dirasakan soalan ini tidak perlu dijawab lagi. Tapi kenapa? Kerana Azhari mahupun Azhariah yang sedar dengan waqi’ semasa, faham dengan tugas dan peranannya di hadapan Allah, jelas dengan tuntutan ilmu yang dipelajari sudah pasti masing-masing akan mencari jalan keluar bagi setiap penyakit umat. Bukan hanya mengharapkan orang lain sahaja sedangkan diri berpeluk tubuh. Apalah gunanya soalan-soalan begini diutarakan kalau sekadar mahukan jawapan tanpa ada niat dan tekad di hati akan membuat tindakan susulan. Persoalan yang sama kalau ditanyakan 20 tahun yang lalu maka jawapannya tidaklah sama jika soalan itu ditanya ketika ini. Zaman telah berubah. Hari ini sudah tidak sama dengan kelmarin. Masalah yang timbul di suatu tempat mungkin tidak sama di tempat yang lain lantas memerlukan jalan penyelesaian atau pendekatan yang juga berbeza.

Musuh Islam sudah berada di keliling pinggang. Dengan itu menghendaki kita bekerja lebih gigih. Usaha dakwah mesti ditingkatkan. Para da’i pula hendaklah bertindak dengan lebih profesional. Da’i
yang berketerampilan perlu dilahirkan. Azhari/ah perlu meningkatkan takwa kepada Allah kerana takwa akan mewarnakan kegiatan dakwahnya. Iman perlu digilap. Ilmu pula perlu diperdalam. Maklumat semasa hendaklah dicerap kerana permasalahan semasa seperli Islam Liberal mungkin hampir tidak diajar di bilik darjah. Di sinilah menghendaki kita membuat pembacaan sendiri, mengkaji sendiri, dan membuat perbincangan sesama sendiri.

Azhari/ah mestilah dengan sukarela, tampil  untuk di tarbiah supaya mampu pula mentarbiah generasi-generasi akan datang. Sekiranya Azhari/ah enggan, ingatlahl Islam tidak akan rugi sekiranya kita tidak mahu menyumbang bahkan kitalah yang akan rugi kerana tidak mahu menyumbang. Islam tidak akan ketandusan da’i sekalipun kita tidak mahu menjadi penyambung mata rantai yang telah diteruskan oleh generasi-generasi terdahulu daripada Rasulullah s.a.w.  Pilihan di tangan masing-masing.

Waktu yang ada pada kita tidaklahsebanyak mana. Tanggungjawab yang ada pula tidak mungkin dapat dilaksanakan semuanya berdasarkan masa yang ada itu. Oleh itu, masa yang ada mesti disusun dengan sebaiknya. Da’i yang baik tidak dilahirkan dalam masa sehari! Cuba renungkan, sepanjang masa cuti Azhari/ah semua buat apa? Masa cuti dihabiskan untuk apa? “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.

Justeru, di atas kesedaran yang ada inilah kita mesti bina kekuatan kita. Sekiranya kita pandai menulis, maka pena kita itu untuk apa? Jika kita pandai bercakap maka lidah kita itu untuk apa?. Metode dakwah semakin canggih- Dahulu, ulama silam memperjuangkan aspirasi Islam dalam menuntut kemerdekaan dengan pelbagai cara. Selain dari ceramah, pengajian dan membuka sekolah-sekolah pondok pada waktu itu, mereka bertungkus-lumus menerbitkan akhbar dan majalah sebagai wadah dakwah untuk meniupkan roh Islam. Akhbar dan majalah merupakan media baru di zaman tersebutila  dianggap asing dan belum popular seperti kitab-kitab yang ditadah di masjid dan pondok (Tarmizi Mohd. Jam, Tamadun, November 1996). Kalau dahulu akhbar dan majalah adalah media baru kini sudah menjadi perkara biasa. Pada hari ini, capaian internet pula menjadi media baru yang perlu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah. Kini, kerja-kerja dakwah boleh dilakukan dari dalam bilik sahaja namun  boleh dicapai di seluruh dunia. Antara perkara yang boleh dibuat oleh Azhari/ah seperti membina laman web dan membuat pengisian di dalamnya dalam menghadapi apa jua fahaman salah terhadap ajaran Islam. Teknologi mata pena beralih kepada teknologi keyboard. Radio online IKIM.fm mungkin boleh dijadikan model bagi kita untuk mewujudkan radio online kita sendiri. Di sinilah kita dituntut untuk mempelajari pelbagai kemahiran dan ilmu-ilmu sampinganselain dari apa yang telah kita ceburi seperti npsikologi, sains, program komputer, kemahiran tangan, dan banyak lagi. lnilah apa yang disebut sebagai soft skill. Kalau ulama dahulu bertungkus-lumus menggunakan media baru waktu itu, kita pun patut meme-rah keringat menggunakan media baru mengikut peredaran zaman. Penulis percaya, ramai daripada Azhari/ah yang meluangkan banyak masa dengan berchatting. Sampaikanlah mesej-mesej dakwah dalam sesi chatting tersebut. Mudah-mudahan boleh membaiki masyarakat. Janganlah Azhari/ah turut menjadi chatterchatter penipu. Dan janganlah pula membuang masa. Apapun, Azhari/ah berdakwahlah dari dalam bilik di samping hendaklah terus beriltizam dengan dakwah di luar rumah.

Untuk menghadapi masalah-masalah yang lebih besar, terlebih dahulu masalah-masalah yang kecil perlu diselesaikan segera. Katakan sahaja, kalau dengan berkahwin dapat menye|esaikan satu masalah peribadi maka perlulah berkahwin segera, Apa jua masalah yang dianggap dalaman seperti ukhuwah, persefahaman, dan lain-lain perlu dihilangkan terlebih dahulu. Bagaimanapun, harus diingat bahawa kehidupan seorang da’i  tidak akan sunyi daripada dirundung ujian.

Perkara-perkara kecil tidak boleh diabaikan dan dianggap remeh semata-mata melihat kepada masalah-masalah yang besar. Contohnya, mengabaikan soal membetulkan saf dalam solat berjemaah semata-mata memandang masalah perpaduan yang dianggap lebih besar dan perlu diutamakan. Boleh jadi kerana meremehkan soal membetulkan saf maka umat  Islam tidak bersatu hati. Masalah umat Islam tidak dirasakan sebagai masalah bersama. Tidak seperti kaum Cina di  Malaysia, mereka akan bersatu demi menjaga kepentingan kaum mereka walau pada asasnya mereka berlainan fahaman politik dan fahaman. Untuk itu, Azhari/ah perlu bertindak sebagai model ikutan yang baik bagi masyarakat

Tidak dinafikan, tidak semua orang mampu untuk berdakwah menggunakan lidah, tidak semua juga mampu menggunakan pena. Tetapi setidak-tidaknya, berdakwahlah dengan lisan ‘al-hal’. Azhari/ah masih jauh daripada layak untuk dijadikan role model jika dilihat masih tidak mampu atau tidak cakna mengenai masalah menutup aurat, budaya couple, tidak amanah, tidak menepati janji, dan banyak lagi perkara-perkara yang dianggap basic yang perlu ada pada diri setiap Muslimlah.

jobs from - my.neuvoo.com

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment