Kecanggihan Teknologi vs Budaya Ilmu



technology-and-human-communication

menuntut-ilmu

Kecanggihan teknologi pada zaman ini memang sangat Membantu dalam setiap urusan seharian kita. Sedar atau tidak, kadang-kadang ia iuga boleh memeningkan kepala semua pihak termasuk pendidik guru.
 
Kajian Kes di IPG
Berikut merupakan senario di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG)

1

Ketiga-tiga kes di atas merupakan manifestasi kekaburan guru-guru pelatih tentang matlamat pencarian ilmu yang sebenar. Tugasan yang diamanahkan bukan sekadar perlu disiapkan, tetapi perlu dihayati proses pemerolehannya agar natijah yang dihasilkan memberi makna mendalam  kepada mereka. Sekaligus, ini berupaya menyuntik  kecintaan mereka terhadap ilmu, merasai kemanisan ilmu dan seterusnya memperoleh ilmu  yang berkat iaitu ilmu yang dapat diamalkan apabila ilmu itu diperlukan.
 
Senario di atas juga menunjukkan “kebijaksanaan”  bakal-bakal guru dalam memanfaatkan kecanggihan  teknologi bagi memudahkan tugas mereka. Dan ini menjadi cabaran kepada pendidik guru. Dua  persoalan yang dapat dicetuskan daripada senario  ini.
 
Pertama 
 
Di mana keikhlasan guru pelatih dalam  usaha menuntut ilmu?
 
Kedua
 
Apa tanggungjawab pendidik guru dalam  usaha menangani cabaran ini agar berupaya  melahirkan guru-guru yang berintegriti, jujur, ikhlas clan paling penting mengutamakan budaya ilmu yang sihat?
 
Ikhlas Menyiapkan Tugasan
 
Apabila hasil kerja mereka dipersoalkan,  pelbagai alasan yang akan diberi bagi mewajarkan  tindakan mereka. Ada juga yang sanggup menafikan  hasil tugasan itu sebagai plagiat. Bagaimanakah  cara bagi menyedarkan mereka akan kesilapan yang diakukan?
 
Salah satu kaedah adalah dengan meminta pelajar  tersebut menceritakan dengan terperinci perkara  yang terkandung dalam hasil tugasan atau RPH  mereka tanpa merujuk hasil tugasan tersebut. Sekiranya tugasan itu hasil plagiat, cara penerangannya tentu tidak jelas, teragak-agak,  menyimpang daripada makna asal dan pelajar akan cuba mengelak daripada bertentang mata dengan  pendidiknya kerana ia salah satu petanda orang  yang bersalah!
 
Namun, lebih penting mereka perlu disedarkan  tentang keikhlasan hati dalam usaha menuntut ilmu lantaran ilmu itu merupakan canaya yang hanya akan mencari bekas yang suci dan bersih untuk dikunjunginya iaitu hati yang ikhlas. Niat menuntut ilmu sebagai ibadah dapat mendekatkan  diri kepada Pencipta. Mereka juga perlu dipupuk  dengan sifat cinta terhadap ilmu serca kesedaran  tentang kepentingan ilmu yang akan berupaya meningkatkan darjat dan nilai mereka sebagai seorang insan.
 
Sepertimana karbon (arang) yang terpaksa melalui  proses bawah tekanan dan suhu yang tinggi bagi mentransformasikannya menjadi intan yang  bersinar gemerlapan dan bernilai ribuan malah  jutaan ringgit, mereka harus bersedia untuk  berusaha dengan sabar, tekun dan gigih tanpa  mengenal erti jemu dan putus asa dalam pencarian  ilmu sekiranya ingin betul-betul muncul sebagai pendidik yang cemerlang.
 
Mengikuti Resam Orang Berjaya
 
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Dengan  mengamalkan budaya “cut and paste’; tugasan  dapat diselesaikan. Tetapi, tanpa keaslian  apatah lagi keikhlasan mana mungkin  kecemerlangan dapat diimpikan.
 
Justeru, sesuai dengan kalimah iqra’yang merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi  Muhammad s.a.w., usaha pencarian ilmu perlu  diiringi clengan membudayakan tabiat membaca  bahan-bahan yang bermutu, berilmiah dan sumber  yang autentik. Bukannya sekadar membaca dan menyunting bahan ringan yang diperoleh daripada  internet, artikel yang tidak berwasit atau hasil  tugasan orang lain.
 
Seterusnya, bahan bacaan tersebut perlu  dianalisis, disintesis dan dinilai sebelum  dicerakinkan menjacli hasil usaha sendiri di samping mengiktiraf usaha orang lain dengan  memasukkan nama mereka ke dalam senarai rujukan.
 
Pada zaman teknologi maklumat ini, akses kepada  maklumat teramat mudah di hujung jari. Pelajar  sekarang terdorong untuk mengamalkan budaya ilmu  yang ringan hingga ada yang hanya memuatkan hanya sumber Internet sebagai bahan rujukan. Ini menunjukkan mereka tidak lagi menjadikan buku  sebagai sumber rujukan, sedangkan maklumat  daripada buku lebih autentik lantaran telah  dikenal pasti penulis serta kewibawaannya. Walhal, sesebuah buku telah melalui pelbagai  proses (semakan, suntingan dan sebagainya)  sebelum berada cli pasaran. Mungkinkah minat dan  penghargaan yang merosot terhadap buku  menyebabkan segelintir pelajar institut  pengajian tinggi sanggup menjual Baucar Buku  1Malaysia?
 
Perkara yang lebih membimbangkan adalah apabila  hal ini berlaku dalarn kalangan bakal guru, yang  akan keluar untuk mendidik generasi. Apakah  corak generasi yang akan dididik oleh guru yang mengamalkan budaya ilmu seperti ini?
 
Mampukah  mereka melahirkan generasi yang memenuhi  aspirasi penclidikan negara? Atau lebih jauh  daripada itu, mampukah mereka menjadi pewaris  Nabi yang dapat membimbing manusia ke arah kebanagiaan hakiki di dunia dan akhirat?
 
Justeru, budaya ilmu yang sihat perlu terus  dipupuk seiring dengan kepesatan dan kecanggihan  perkembangan teknologi Kebijaksanaan dalam  penggunaan teknologi perlulah berpaksikan pada  satu asas yang kukuh sesuai dengan maksud  yang tersurat dan tersirat dalam falsafah pendidikan negara kepatuhan kepada Tuhan.  Sekiranya guru sebegini berjaya dihasilkan, insyaAllah mereka akan keluar untuk mendidik  generasi yang bukan sekadar terpelajar, tetapi  pada masa yang sama terdidik juga.
 
Suka penulis kongsikan kata-kata Mohd Yusof  Othman: “Having highly literate but uneducated  people do more harm than good.
jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
mengutamakan budaya ilmu

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • I see, that http://mindakini.com needs unique & fresh content.
    I know it’s hard to write content manually everyday, but there is solution for this.
    Just search in google for; imcad’s essential
    tool

Leave a Comment