Kaitan Wanita dengan Pohon Semalu

Kaitan Wanita dengan Pohon SemaluPada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda Saidatina Fatimah R.A. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah guna pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan  wanita. Fatimah terkejut, Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ia boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang  yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Rabbul A’lamin.

Akhir sekali semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila semakin senja.

search terms:
pohon semalu,kaitan wanita dengan pohon semalu MindaKini,pengajaran dari pohon semalu,pohom semalu,pohon semalu kaitannya dengan wanita,pohon semalu quotes,sajak pohon semalu

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment