Kaitan Ketawa Dengan Kesihatan

0707

Tahukah anda bahawa ketawa membuatkan diri kita gembira dan menghilangkan kemurungan dalam diri kita. Ketawa juga akan membuat diri anda melupakan segala masalah yang anda lalui dan akan membawa kepada perasaan yang indah dan menyenangkan, Tahukah anda bahawa ketawa…

  • Adalah pembina pasukan yang hebat merupakan penyaman social – apabila kita ketawa dengan satu kumpulan, ianya dapat mengatasi halangan sosial / kelas / budaya perkauman dalam komunikasi, sekali gus dapat mewujudkan perasaan amanah dalam kumpulan.
  • Orang yang ketawa sering mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih popular dan mungkin mempunyai kesan yang mendalam terhadap keputusan dalam sebuah kumpulan. Kajian juga menunjukkan bahawa apabila kita ketawa, kta cenderung untuk bercakap lebih. Hal ini membuat hubungan mata lebih dengan orang lain berbanding melakukan sesuatu perkara. ketawa juga mengurangkan ketegangan.
  • Merupakan suatu senaman – ketawa meningkatkan pengambilan oksigen dalam badan kita dan juga merupakan senaman yang baik untuk perut kita. Urutan ketawa juga baik untuk organ-organ badan seperti rahang dan bahagian pipi kita serta meningkatkan peredaran dalam system limpa kita.
  • Purata ketawa berbeza mengikut umur –  kanak-kanak yang beursia enam tahun purata mereka ketawa ialah 300 kali sehari. Manakala dewasa sebanyak 15 kali sehari. Hal ini kerana mereka yang dewasa lebih cenderung menghadapi pelbagai masalah berbanding kanak-kanak.
  • Merendahkan tahao hormon tekanan dan menguatkan sistem pertahanan badan – Terdapat dua tahap hormon iaitu adrenalina dan kortikal yang berfungsi sebagai penghalang dalam imun sistem badan kita. Ketawa membantu kita bernafas dengan lebiih mendalam, meningkatkan kadar jantung, dan menegangkan otot dibahagian muka dan bahagian atas badan serta membantu otot kita untuk berehat.
  • Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Lee Berk dan Dr. Stanley Tan dari Universiti Loma Linda California menyatakan bahawa tekanan yang baik terhasil daripada ketawa dan ketawa dapat meningkatkan sel-sel pembunuh semulajadi virus serangan kanser dan sel-sel tumor.
  • Suatu perubatan yang murah – Ketawa yang berterusan dapat meransang peningkatan kadar endorphin, morfin semulajadi badan. ia juga membantu untuk memulihkan sistem percernaan dan boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit, cirit-birit, mengurangkan gas dalam badan dan juga ulser yang berkaitan dengan tekanan.
jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
kaitan kesihatan dengan al quran,ketawa ubat penyakit,ketawa ubat segala penyakit,tahukah anda kesihatan

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • zakri

    bermenafaat..untuk semua. Amin

Leave a Comment