Jalan Ke Syurga

surga_zps65ec1145

Seorang paderi Kristian tiba di sebuah kampung yang agak terpencil.
Dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berkopiah, lalu bertanya: “Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kepada saya jalan ke rumah ketua kampung? Saya baru sahaja tiba  di sini, maka saya kurang arif dengan kawasan ini.”
 
“Boleh tuan,” jawab si anak. “Tuan ikut  lorong ini, kemudian jalan lurus.
 
Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh,belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang  ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung.”
 
“Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukkankepadamu jalan ke ‘syurga’?” tanya si paderi.
 
Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepadakanak-kanak tersebut yang sudah pastinya  beragama Islam.
 
“Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke ‘syurga’?” tanya kanak-kanakitu kembali.
 
“Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari.”
 
“Bagaimana tuan mahu tunjukkan saya jalan ke ‘syurga’ kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun temalsa bertanya kepada saya?”
 
Pengajaran: Hanya mereka yang berada di jalan yang benar sahaja mampu membimbing orang lain ke jalan yang benar.
search terms:
tunjuk jalan ke syurga

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment