Hukum Makan Tupai

Tupai

Apabila sesuatu perkara yang tidak ada nas menyebutkan ia adalah harus atau haram maka untuk mengetahui status hukumnya Ulama mengguna pakai kaedah feqhiah:

“Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah(harus)”

Hukum makan binatang ternakan seperti lembu dan kambing itu jelas disebutkan di dalam nas halal.

Hukum makan babi,bangkai,darah,keldai itu semua jelas disebutkan di dalam nas haram.

Adapun memakan tupai ia termasuk sesuatu yang tidak ada nas yang menyebut harus(halal) dan tidak ada nas menyebutkan ia haram.

Maka ada 2 pendapat Ulama:

Yang paling sohih antara 2 pendapat adalah harus(halal dimakan)

Jadi kalau anda ada senapang,duduk pula di kampung boleh la tembak tupai pastu buat masak kicap atau goreng pun sodapp hehhe..tu pun kalau tak geli laa..kalau saya masak la apa pun dan hidanglah kat saya walaupun percuma tak nak saya hehhe..

Teringat saya dahulu Tok Guru Nik Aziz pernah sebut yang tupai ni halal di makan maka ada la manusia-manusia yang menggelarkan beliau ulama Tupai..eh apa dahh..

Kalau jahil hukum baik duk senyap-senyap jangan nak melebelkan ulama dengan label yang tidak sepatutnya.Kalau dah tahu hukumnya khilaf ulama maka raikan pendapat yang bercanggah dengan pendapat yang dipegang,jaga adab ikhtilaf dan jangan sampai menghina Ulama.

seperti mana perkara yang masyhur itu tidak semestinya benar,maka demikianlah juga perkara yang ghorib tidak semestinya haram..Soal geli dan tak lalu makan itu ia bukanlah dalil yang boleh menunjukkan sesuatu itu halal atau haram..Contoh Nabi s.a.w membenarkan para sahabat memakan dhob tapi baginda Nabi s.a.w tidak memakannya..

Incoming search terms:

  • fatwa makan tupai
  • hukum hukum memakan tupai menurut mazhab syafie

5 comments… add one

  • msoliyusuf

    Bagaimana pula dangan hukum makan girafah?

    Jika mengikut kaedah “setiap sesuatu itu adalah mubah”,jadi haruslah utk dimakan dgn syarat tiada perkara2 yang mengharamkannya. Dari segi pemakanannya,girafah makan tumbuh2an sahaja.

    Minta pandangan yg lebih arif, untuk mmenyakinkan saya.

    • ok berkenaan Zirafah,Ulama berbeza pandangan(khilaf) tentang hukum memakannya..

      Al-Imam al-Damiri rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Hayat al-Hayawan al-Kubra bahawa terdapat dua pendapat di dalam permasalahan hukum memakan zirafah.

      Pendapat pertama:Haram memakan Zirafah..Antara Ulama yang berpandangan haram adalah al imam an Nawawi..antara alasannya adalah kerana zirafah adalah binatang yang dilahirkan hasil persetubuhan binatang yang halal dan haram dimakan.Di dalam kaedah feqh menyebutkan:”Bila bercampur sesuatu yang halal dengan yang haram maka diberatkan yang haram..

      Pendapat kedua:Halal memakan Zirafah.Ini berdasarkan fatwa al-Syeikh Taqiyuddin Ibn Abi al-Dam al-Hamwi dan beliau menukilkan daripada fatwa al-Qadhi Hussain al-Syafie…Al-Imam Ibn Rif’ah mengatakan bahawa pendapat ini yang muktabar sepertimana yang difatwakan juga oleh al-Imam al-Baghawi rahimahumullah.

      Al-Imam al-Qadhi Hussain rahimahullah mengatakan bahawa : Aku mengatakan bahawa ianya halal dimakan kerana ianya lebih mirip kepada binatang yang halal dimakan iaitu Unta dan Lembu.Maka ini dalil yang mengatakan bahawa ianya adalah halal dimakan.

      Al-Imam al-Damiri rahimahullah bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah harus untuk dimakan.Ini juga merupakan pendapat Mazhab al-Imam Ahmad dan al-Imam Malik serta al-Imam Abu Hanifah rahimahumullah…

      emm dah taukan Jumhur Ulama mengatakan halal..so boleh ar kalau nak buat zirafah panggang..tp mana nk dapattt zirafah huhu

  • Penerangan yang cukup ringkas dan padat, Terima Kasih

    bagai mana pula dengan memakan telur penyum dan ikan yang 2 alam?

    • ubaidillah

      telur penyu dan yg seangkatan dgnnya adalah halal selagimana tidak ada unsur yg menyebabkan mudhorat spt telur ular.telur adalah suci sbb hasil dari mani dan mani adalah suci.

  • dah sebut dah fasal babi, bangkai, darah dan keldai, nak pula tanya fasal makan zirafah.

    makan juga penampar ni karang

Leave a Comment