Hikmah Perbezaan Kadar Potong Tangan dan Diat

hukum3

SOALAN: Berdasarkan jadual di bawah, wujud perbezaan yang jelas dari segi nilai diat bagi tangan dan hasil curian. Mengapa dalam hal mencuri, hanya nilai 1/4 dinar sahaja sudah boleh menyebabkan tangan dipotong, sedangkan dalam bab diat, nilai sebenarnya ialah 50 ekor unta atau 500 dinar?
 
JAWAPAN: Perbezaan di atas menjadi fokus segelintir musuh Islam yang cuba menyuntik jarum keraguan ke dalam hati umat Islam. Salah faham ini harus diluruskan.
 
Ibn al-Qayyim rhm. menyatakan bahawa inilah besarnya maslahat dan hikmah apabila AllahTaala mensyariatkan hukum ihtiyat(berhati-hati) demi menjaga dua perkara iaitu harta dan anggota manusia. Wajib memotong tangan kerana mencuri dengan diat 1/4 dinar bertujuan memelihara harta manusia, manakala diat 500 dinar bagi tangan yang dicederakan bertujuan memelihara anggota manusia. (I’lam al-Muwaqqi‘in, jil. 2, hlm. 49)
 
Begitu juga jawapan yang dinyatakan oleh Ibn al-Jawzi apabila ditanya mengenainya: “Tangan manusia apabila ia amanah, maka ia berharga. Sebaliknya apabila ia melakukan khianat, ia menjadi hina.”
 
Inilah kesempurnaan Islam yang mengandungi terlalu banyak rahsia. Sesuailah dalam bab jenayah, nilai tangan menjadi tinggi supaya ia tidak mudah dicederakan oleh sesiapa.Manakala dalam bab hukuman mencuri, munasabahlah nisabnya 1/4 dinar supaya manusia tidak sewenang-wenangnya mencuri harta orang lain. Bayangkan sekiranya diat mencederakan tangan hanya 1/4 dinar, sudah pasti banyak kerosakan tangan yang berlaku, sama juga sekiranya nisab potong tangan 500 dinar, nescaya banyak pencerobohan berlaku atas harta.

3

 

jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
hikmah potong tangan

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • very informative post for me as I am always looking for new content that can help me and my knowledge grow better.

Leave a Comment