Gangguan Ketika Solat

Pertama-Kali-Di-Hisab-Adalah-Solat

Berikut ialah beberapa gangguan ketika melakukan solat : 

  • Berasa was-was melakukan takbiratul ihram
    Ketika menbaca takbiratul ihram , seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukan tersebut sah atau tidak. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sehingga imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, ‘termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka dalah was-was dalam berwuduk dan niat saat takbiratul ihram dalam solat’. Perkara was-was tersebut akan membuat mereka terseksa.
  • Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
    Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, ‘ Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah. ‘ Rasulullah menjawab, ‘itulah syaitan yang disebut khinzib.
    “Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal dan Allah SWT melindungi diriku daripada gangguan itu” ( Hadis Riwayat Muslim)
  • Lupa jumlah raakat yang dikerjakan
    Abu Hurairah r.a berkata, ‘sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud : ‘ Jika seorang daripada kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.’ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Tergesa-gesa menyelesaikan solat
    Ibnu Qayyim berkata :”hnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  • Menguap dan mengantuk
    Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kami ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riawayat Thabrani)  Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda, ” Ada pun menguap itu datangnya daripda syaitan, hendaklah seseorang itu mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila sia berkata “ha….” bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Bersin berulang kali ketika solat
    Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan beersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, ” Mneguap dan bersin dalam solat itu daripada syiatan.” ( Riwayat Thabrani)
    Ibnu Mas’ud berkata, ‘Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin diluar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.

 

search terms:
gangusn ketika solat,gangguan syaitan ketika solat,syaitan yang mengganggu ketika solat,gangguan syaitan dalam solat,gelabah datang dari syaitan,gangguan solat,gangguan semasa solat,syaitan yang mengganggu dalam solat,perkara yang boleh mengganggu tumpuan solat,solat ketika sering kali bersin,syaitan yang menggangu solat,terseksa kerana was was dalam solat,perkara-perkara yang menganggu tumpuan solat,perkara yang mengganggu tumpuan solat,perkara mengganggu tumpuan solat,megapakah syaitan menggangu ketika bersolat,aapabila ibersolat shaitan akan datang,gangguan sewaktu solat,gangguan semasa shalat,gangguan dalam solat,bongkok ketika solat adalah gangguan,bersin ketika solat,tiga perkara yang mengganggu solat

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment