Di Balik Tabir Poligini

cinta

Mungkin sudah sampai masanya, pihak lelaki menyedari betapa banyaknya pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh wanita demi memastikan kesejahteraan, keharmonian dan kesucian zuriat keturunan terpelihara sebaik mungkin.
 
Alangkah baiknya jika pengorbanan tersebut diberikan pengiktirafan dan sedikit penghargaan, bukannya dengan sifat sombong, bongkak, takabbur dan ego yang sering ditunjukkan oleh para suami apabila sudah membuat keputusan mahu berkahwin lagi.
 
Pendek kata, jika alasan yang sering digunakan untuk berpoligini adalah kerana dikatakan nafsu lelaki sememangnya tidak cukup dengan yang satu, diharapkan dengan penjelasan artikel ini, para suami memahami bahawa si isteri juga sebenarnya tidak juga terbatas keinginan syahwatnya kepada seorang sahaja.
 
Kelonggaran berpoligini yang diberikan kepada lelaki Muslim, tidak boleh dilihat sebagai satu kelebihan atau keistimewaan, malahan ia diketengahkan sebagai sebahagian daripada amanah tanggungjawab pembelaan terhadap nasib dan masa depan wanita.
 
Di samping itu, janganlah dikesampingkan dan diambil mudah segala pengorbanan perasaan dan cabaran emosi yang terpaksa dikendalikan oleh wanita serta anak-anak yang terpaksa berkongsi suami atau bapa dengan orang lain.
 
Sebagai pemimpin keluarga yang memilih untuk mengamalkan poligami, suami dan bapa mestilah mampu mengendalikan kesemua isteri dan anak-anak dengan penuh hikmah. Mereka mestilah bersedia menghadapi kerenah para isteri dengan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pengurusan masa, tenaga serta kewangan yang berkesan.
 
Jangan lupa mengamalkan doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ini:
 

اللَّهُمَّ هَذَا قَسْمِيْ فِيْمَا اَمْلِكُ فلَاَ تَلُمْنِيْ فِيْمَا تَمْلِكُ وَلاَ اَمْلِكُ

 
Maksudnya: “Ya Allah, inilah pembahagian yang aku lakukan terhadap apa yang aku miliki dan janganlah Kamu mencela aku dalam apa yang Kamu miliki tetapi tidak aku miliki (kasih sayang dan perasaan).” (Riwayat Abu Daud no. 2134)
jobs from - my.neuvoo.com

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment