Dato’ Ishak Baharom Rahimahullah

dato ishak bahrom

<Kenali Ulama>

BiografiDato’ Ishak Baharom:

Dato’ Ishak Baharom dilahirkan di Kampung Batu 22,Kanchung Darat,Banting, Selangor pada 1 Januari 1928 dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 30 Januari 2008.

Beliau berketurunan Melayu Banjar kerana bapanya,Haji Baharom Jabbar berasal dari Banjarmasin,Indonesia dan ibunya,Fatimah Junid berasal dari Melaka.

~Pengajian~

Pada tahun 1935,beliau mula mengikuti pengajian formal di Sekolah Melayu Kanchung Darat sehingga perang tercetus pada akhir 1941.Ketika zaman perang, beliau tidak bersekolah selama tiga tahun.

Kerana kesedaran agama bapanya yang tinggi,beliau dihantar belajar agama di Madrasah al- Masriyah,Bukit Mertajam pada 1945.Ketika itu,Tuan Guru Haji Salleh Masri,seorang ulama terkenal di Seberang Perai menjadi mudir madrasah ini.

Mulai 1950,apabila Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan mengambil alih jawatan mudir madrasah ini,Dato Ishak Baharom rahimahullah menjadi murid kesayangan tuan guru itu,sekali gus sebagai anak angkatnya.

Sebagai murid yang cemerlang di madrasah ini,Allahyarham Dato’ Ishak Bahrom dilantik sebagai pembantu guru dan mengajar pelajar- pelajar yang lebih rendah.Antaranya muridnya yang terkenal ialah Dato’ Haji Hashim Yahya,bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau mengajar sambil belajar di madrasah ini sehingga 1956.Selepas itu,beliau melanjutkan pengajian di Darul Ulum,Deoband, India,sebuah universiti Islam yang melahirkan ramai pemimpin PAS seperti Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz,Tuan Guru Haji Abbas (bekas Senator PAS) dan Tuan Guru Haji Azhari Razak (bekas Ahli Majlis Syura PAS).

~Mencurah Ilmu~

Selepas pulang dari India dengan ijazah dalam bidang syariah dan alim dalam fiqh empat mazhab selain menguasai ilmu hadis,Dato’ Ishak Baharom kembali mencurahkan baktinya di Madrasah al- Masriyah.Menurut muridnya,Dato’ Hashim Yahya,”Almarhum seorang yang sangat alim,tinggi ilmunya dan tinggi akhlaknya.”

Beliau terus aktif mengajar di sekolah,berdakwah dan menyampaikan ceramah-ceramah agama.Selepas beberapa tahun di Bukit Mertajam,beliau kembali ke Kanchung Darat dan mengajar di Sekolah Agama Kanchung Darat.Jawatan terakhir beliau dalam bidang pendidikan ialah mudir Sekolah Agama Batu 38,Sabak Bernam.Beliau bersara sebagai mudir pada tahun 1982.

~Perkahwinan~

Dato’ Ishak Baharom mendirikan rumah tangga dengan Datin Maznah Yusof dari Manong,Perak dan dikurniakan tiga anak,Shahmun,Nawal dan Ahmad Fuad.Selepas kematian Datin Maznah pada 1994,Dato’Ishak Baharom berkahwin dengan Datin Khalijah Abdullah,seorang pegawai tadbir di Jabatan Pendidikan Selangor.Mereka mempunyai seorang anak angkat,Nasim yang berusia dua tahun.

~Pelantikan Dan Pemecatan Sebagai Mufti selangor~

Selepas tiga tahun bersara,beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Selangor ke-6 bergelar Dato’ Seri Utama DiRaja menggantikan Datuk Haji Hassan Haji Omar pada tahun 1985.Beliau memegang jawatan mufti selama 13 tahun sehingga dipecat pada 1997 kerana ketegasan beliau terhadap usaha mencegah mungkar.

Sepanjang beliau menjadi mufti,beberapa isu kontroversi tercetus antaranya mendakwa iman Dr Mahathir terpesong kerana isu penangkapan tiga ratu cantik pada 1997,mengeluarkan fatwa pengharaman merokok pada 1996 dan mengharamkan pinjaman dengan ceti ataupun along.

Peristiwa penangkapan tiga ratu cantik Melayu di Classic Ballroom,Hotel Holiday Villa,Subang pada 13 Jun 1997 bukan sahaja menyebabkan beliau dipecat,tetapi menimbulkan krisis di antara beliau dengan Perdana Menteri ketika itu.Dato’ Ishak ketika itu baru sahaja disambung perkhidmatannya berkuatkuasa 16 Ogos 1997 hingga 15 Ogos 1999,tetapi dipaksa meletak jawatan oleh Menteri Besar Selangor,Dato’ Seri Abu Hassan Omar selepas Tun Dr Mahathir mengkritik tindakan mufti itu pada 19 Julai 2007.Beliau dibayar sebulan gaji dan diperintahkan mengosongkan pajabat dalam masa 10 hari.

Selepas dipecat sebagai mufti,Dato’ Ishak Baharom terus bergiat aktif dalam usaha-usaha dakwah dengan memberikan ceramah dan kuliah agama di seluruh Negara.Menjelang pilihan raya ke- 10 pada November 1998,Dato’ Ishak Baharom sebagai bekas mufti diharamkan berceramah agama di surau dan masjid seluruh Negeri Selangor oleh kerajaan BN kerana beliau dianggap “penghalang kemajuan”. Walau bagaimanapun larangan ini ditarik balik pada awal 1999.Sebulan sebelum kematian beliau,aktiviti dakwah Dato’ Ishak Baharom kembali tergugat apabila ada usaha-usaha sulit pihak JAIS menyekat beliau menyebarkan ilmu agama.

~Menceburi Politik~

Dato’ Ishak Baharom rahimahullah adalah antara ahli PAS terawal dan menjadi ahli semenjak 1952 lagi.Ketika Dewan Pemuda PAS ditubuhkan di Bagan Datoh pada 23 Ogos 1953,beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS.Beliau memegang jawatan ini sehingga 1956.Turut bersama- sama beliau memimpin Dewan Pemuda PAS ialah Ustaz Othman Abdullah,guru agama di Sabak Bernam (Ketua),Cikgu Ahmad Awang,guru besar di Kepala Batas (Wakil Ketua),Ustaz Abdul Kadir Kamal, guru Madrasah al- Maarif Wathaniyah (Setiausaha),Ustaz Jamaluddin Amini Marzuki,Ustaz Muhammad Nuh,Tarmizi Ahmad, Ahmad Ali,Ismail dan Haji Jaafar sebagai Ahli Jawatankuasa.

Apabila Datuk Hassan Adli Mohd Arshad menjadi Ketua Pemuda Pas pada 1956,Dato’ Ishak Baharom tidak lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS kerana beliau sedang bersiap mahu bertolak ke India.Di India,beliau menerima pengaruh daripada ulama- ulama yang aktif dalam Jamaat-e-Ulama’ Hind yang giat menentang penjajahan British dan berusaha menegakkan semula negara Islam merdeka menjadi topik penting di kalangan ulama India ketika itu yang turut mempengaruhi senario politik Tanah Melayu.

Apabila beliau dipecat pada 1997,Datuk Ishak Baharom muncul semula dalam arena politik negara,terutama selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998 Dato’ Ishak Baharom hadir dalam perjumpaan menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) pada 22 September 1998 dan menamakan dirinya sebagai salah seorang individu yang mendukung GERAK selain Prof Dr Aziz Bari dari UIA dan Prof Shahnon Ahmad dari USM.Kerana kegiatan beliau dalam GERAK inilah,beliau diharamkan berceramah agama di Selangor.

Selepas pilihan raya 1999,Dato’ Ishak Baharom dilantik sebagai Ahli Majlis Syura PAS pada tahun 2001 selama dua penggal sehingga tahun 2007. Di samping itu juga beliau turut dilantik juga sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat semenjak 2003 sehingga akhir hayatnya.Selepas berpengalaman sebagai pendakwah dari awal tahun 1950 hingga ke akhir hayatnya dan menjadi mufti selama 13 tahun,Dato’ Ishak Baharom begitu yakin bahawa hanya dengan mengubah kerajaan sahaja syariat Islam dapat ditegakkan.Kerana itu,dihujung hayatnya beliau memilih untuk kembali aktif bersama PAS bagi mencapai cita- cita ini.

~Menemui Rabnya~

Kematian Dato Ishak Bahrom rahimahullah merupakan suatu kehilangan buat umat Islam seluruhnya kerana beliau bukan sahaja alim dan berakhlak mulia,tetapi berani,tegas,berwibawa dan amat komited mahu menegakkan Islam sebagai suatu cara hidup yg sempurna.

Pada 30 Januari 2008 Dato Ishak Bahrom rahimahullah diserang pendarahan otak yang membawa ia bertemu dengan Rabnya..Pengebumian beliau di Makam Di-Raja Selangor membuktikan perjuangan mulia beliau diiktiraf juga akhirnya.

search terms:
ishak baharom,datuk ishak baharom alim 4 mazhab,mufti selangor dipecat,mufti selangor ishak baharom,biodata dato ishak baharom,universiti deoband india,kematian ratu cantik,ustaz ishak baharom,kosmo,madrasah al masriyah bukit mertajam,mahathir dipecat mufti selangor,mencari kerja sambil belajar di madrasah,mufti selangor,ustaz banjar,penangkapan ratu cantik tahun 1997,setiausaha dato fuad kenali,ufti ishak baharom,isu penangkapan 3 ratu cantik 1997,ishak baharom dipecat,almarhum ishak baharom dan keluarga,bekas pelajar masriyah bukit mertajam,biodata ishak baharom,biografi ustaz ishak baharom,datin nawal kontroversi,dato bahrom,dato hashim yahya,dato hassan arshad,dato ishak baharom,Dato Ishak Baharom kisah,dato ishak baharom mahathir,datok ishak bahatom,datuk fuad hassan dan anwar ibrahim,datuk hashim yahya,hj hashim yahya mufti wilayah,ustaz ishak baharum

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment