Beringat Sebelum Kena, Berjimat Sebelum Habis

Mottainai

Kau nampak kurang sihat, Harun. Kau sakit apa?” tanya Idris kepada sahabatnya.
 
“Aku sihat, cuma masih baru nak menyesuaikan diri dengan ubat. Enam bulan lepas, aku kena serangan jantung. Alhamdulillah, aku sekarang sudah semakin cergas, Harun menjawab. “Sakit jantung?”
 
Terkejut Idris kerana setahunya, Harun bekas ahli sukan dan aktif satu ketika dulu.
 
“Itulah engkau, kuat sangat kerja. Berehatlah sikit, serahkan sebahagian kerja engkau kepada orang Iain pula. Sudah lebih 20 tahun kau berniaga, tentu sudah boleh rehat, nikmati hasil sahaja sekarang. Mungkin kau sudah boleh bersara pun,” kata Idris dengan nada kasihan dan rasa simpati kepada sahabatnya itu.
 
“Itulah masalahnya Idris, aku berniaga memang dah lama tapi aku tak jangka pula musibah seperti ini akan menimpa aku.
 
Sebenarnya aku belum bersedia untuk bersara lagi. Anak-anak aku semua masih belajar. Dua orang masih di sekolah rendah, hutang rumah masih belum habis aku bayar, kos rawatan jantung hari tu pun aku dah keluarkan duit dari Tabung Haji.
 
Baru-baru ini pula aku tukar kereta baru, maklumlah dah lama berniaga nak merasa juga naik kereta mewah. Nampaknya aku kena kerja sampai matilah,” keluh Harun seolah-oIah tiada jalan keluar untuknya.
 
“Kerja sampai mati tu aku tak hairanlah sebab Rasulullah pun suruh kita kerja seolah-olah akan hidup selama-lamanya. Tetapi bab tidak buat perancangan hari tua itu yang agak musykil. Kalau kau Iapang, belum terlambat untuk kita bincang lebih lagi tentang perkara ni,” Idris memberi sedikit harapan kepada Harun.
 
Perbualan antara dua orang sahabat di atas mencetuskan satu persoalan mengenai perancangan kewangan pada hari tua bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan itu secara kecil-kecilan seperti peniaga pasar malam ataupun di peringkat syarikat korporat. Apa yang paling penting ialah perancangan di peringkat awal supaya ia seiring dengan perkembangan perniagaan.
 
Peniaga atau usahawan yang bijak adalah mereka yang membuat persediaan bagi menghadapi perkara yang bakal berlaku yang berada di luar kawalannya. Sekiranya Harun beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis, tidaklah dia menghadapi masalah sedemikian.
 
Biar Kecil Asal Berhasil
 
Bagaimana pengurusan kewangan seorang usahawan kecil seperti peniaga pasar malam, usahawan takaful, usahawan amanah saham, usahawan jualan langsung dan usahawan kecil yang lain? Usahawan peringkat korporat mungkin mampu menggaji seorang pengurus kewangan atau eksekutif akaun bagi memantau aliran masuk dan keluar wang hasil perniagaan.
Usahawan kecil seperti yang disebut di atas sudah pasti tidak mampu mendapatkan khidmat seseorang pengurus atau eksekutif kewangan. Bak kata lain, dia bos dan dia juga kuli atau “all rounder?
 
Usahawan korporat mungkin membuat persediaan persaraan sekurang-kurangnya dengan potongan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana pula dengan usahawan kecil tadi?
 
Yang paling penting adalah dengan menentukan dan membezakan perbelanjaan persendirian dan keluarga dengan perbelanjaan berkaitan perniagaan. Kesilapan lazim usahawan kecil adalah selalunya mencampuradukkan perbelanjaan persendirian dan perniagaan.
 
Tanya kepada diri kita beberapa persoalan asas berikut:
 
1. Adakah sentiasa kemas kini catatan kira-kira perniagaan?
 
2. Berapa kos langsung?
 
3. Berapa kos tidak Iangsung?
 
4. Berapa margin untung kasar?
 
5. Berapa margin untung bersih?
 
6. Adakah operasi perniagaan kita menguntungkan?
 
7. Berapa nilai aset bersih perniagaan?
 
8. Berapa jumlah hutang berbanding aset perniagaan?
 
9. Sudahkah menyediakan pelan perIindungan takaful perniagaan anda?
 
10. Sudahkah ditunaikan zakat perniagaan?
 
Berapakah Angka Anda?
 
Mengikut statistik, kadar jangka hayat kini lebih panjang berbanding 20 tahun lepas hingga mencapai usia 78-80 tahun. Ini memberikan implikasi kewangan selepas bersara memandangkan kos sara hidup secara keseluruhan yang semakin hari semakin meningkat terutamanya kos perubatan.
 
Contoh pengiraan sasaran tabung persaraan:
 
Purata perbelanjaan bulanan
 
RM5,000.00
 
Jangkaan hayat selepas bersara (20 tahun)
 
20 tahun X 12
= 240 bulan
 
Jumlah tabung persaraan
 
240 x 5000
= RM1.2 Juta
 
Jumlah tabungan di atas berdasarkan kaedah pengeluaran bulanan tanpa mengambil kira kesan inflasi. Keperluan bulanan berbeza mengikut gaya hidup seorang usahawan dan lokasi operasi perniagaan.
 
Perlu diingatkan bahawa apabila besar periuk, besar pula keraknya. Kita boleh memilih untuk menidakkan keperluan persaraan tersebut atas alasan tidak cukup peruntukan, tetapi hakikatnya keperluan kewangan itu tetap akan muncul dalam hidup kita. Ketidakcukupan mungkin berlaku kerana kita terlepas pandang aspek zakat kerana Allah berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 103 yang bermaksud:
 
“Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
 
Hidup akan lebih tenang pada hari tua apabila perancangan tersebut dibuat ketika masih muda dan berupaya untuk menabung dengan lebih banyak.
 
Sehari Selembar Benang, Lama-Lama Menjadi Kain
 
Mulakan dengan mengira berapa tahun lagi anda akan bekerja sebelum bersara. Katakan sekarang anda berumur 30 tahun dan bercadang untuk bersara pada usia 55 tahun. Kini anda mempunyai 25 tahun untuk berusaha keras, membanting tulang demi ketenangan pada masa hadapan. Sebagaimana disebutkan berkali-kali, sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Untuk mendapatkan RM1.2 juta, kita hanya perlu membuat tabungan bulanan sebanyak RM965.00 melalui instrumen pelaburan yang memberikan pulangan purata sebanyak 10% setahun selama 25 tahun.
 
Bagi mereka yang bertangguh selama 10 tahun dan memulakan tabungan persaraan hanya pada usia 40 tahun dan bercadang bersara pada usia 55, tempoh tabungan menjadi lebih pendek iaitu 15 tahun. Bagi mencapai RM1.2 juta, anda perlu membuat pelaburan sebanyak RM2,900.00 sebulan dengan pulangan 10% setahun.
 
Jumlah sudah diperoleh
 
Cukupkah sekiranya anda hanya mencatat angka tersebut dan direnung-renungkan setiap hari? Apakah tindakan selanjutnya?Dengarnya amat mudah. Tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi untuk usahawan memulakan dan meneruskan tabungan persaraan ini secara konsisten sehingga 25 tahun. Maklumlah dalam dunia perniagaan, keperluan kewangan untuk pusingan modal amat mendesak sehingga sering kali usahawan mengorbankan dana persaraannya demi kelangsungan perniagaan yang diceburinya.
 
Cara yang paling tepat dengan memasukkan item dana persaman dalam perbelanjaan perniagaan sepertimana sumbangan KWSP untuk kakitangan. Dengan cara ini, ketenangan pada usia persaraan dapat dijadikan realiti.
 
Renung-renungkan maksud ayat 11 daripada sulah al-Ra‘d: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
search terms:
beringat sebelum kena berjimat sebelum habis,beringat sebelum kena,kiraan tabungan persaraan,ayat berjimat sebelum terlambat beringat sebelum terkena,contoh ayat beringat sebelum kena berjimat sebelum habis,ayat beringat,maksud beringat sebelum kena,berjimat sebelum terlambat beringat sebelum terkena,beringat sebelun kena berjimat sebelum habis nilai,beringat sebelum kena maksud,ayat beringat sebelum kena berjimat sebelum habis,ayat beringat sebelum kena,v Beringat sebelum kena berjimat sebelum habis

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment