Amazing Race Kitalah Juara!

20070403sperma

 
Pernahkah kita berfikir dengan teliti tentang proses kejadian kita? Di mana titik permulaan kita sebagai seorang manusia?
Apa yang berlaku setelah air mani dipancarkan ke dalam rahim seorang wanita?
 
Pertemuan dua sel yang terlalu kecil membawa kepada peniupan roh oleh Allah s.w.t dan seterusnya menjadi manusia seperti kita. Dua sel yang bercantum itu mampu hidup dan berkembang menjadi manusia. Tidak mungkin proses yang hebat ini berlaku dengan sendiri tanpa ada kuasa yang mengawalnya.
 
Mari kita mengkaji persoalan tersebut, nescaya  kita akan menemui satu fakta yang sangat  menarik. Ketika itu, saiz kita terlalu kecil  dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kita  hanya berupa satu sel yang boleh dilihat dengan  menggunakan mikroskop sahaja. Tambahan pula, maklumat genetik yang terkandung di dalam badan  kita tidak Iengkap iaitu hanya separuh daripada  manusia biasa. Di sinilah bermulanya perlumbaan  untuk mencari satu sel lain yang mengandungi separuh lagi maklumat genetik lain. Tanpa maklumat genetik yang separuh lagi, kita bukan  sahaja tidak mampu menjadi manusia, bahkan tidak mampu untuk hidup melebihi lima hari  setelah air mani memasuki rahim wanita.
 
Sel yang dimaksudkan iaiah sperma. Ia terkandung di dalam air mani seseorang lelaki.  Sperma hanya mengandungi separuh daripada maklumat genetik seseorang lelaki, manakala  separuh lagi terkandung di dalam ovum (sel  telur) seseorang wanita. Percantuman antara  sperma dengan ovum akan membentuk satu sel yang mengandungi kandungan genetik yang lengkap (separuh daripada Ielaki dan separuh lagi  daripada wanita) dan akan menjadi manusia kelak.
 
Persaingan yang Hebat
 
Apabila berlaku ejakulasi semasa persetubuhan  antara lelaki dengan wanita, terdapat kira-kira  250 juta sel (sperma) yang dibebaskan dan kita  salah satu daripadanya. Destinasi setiap sperma  ialah ovum yang satu. Ia dihasilkan di ovari  dan bergerak ke tiub Fallopio untuk  disenyawakan oleh salah satu daripada 250 juta  sel tersebut.
 
Ini merupakan satu perlumbaan hebat dan lebih  hebat daripada mana-mana rancangan The Amazing  Race yang pernah kita saksikan di dunia ini.  Perlumbaan ini disertai oleh 250 juta “orang”  peserta, dan yang kecundang akan mati. Dalam seramai 250 juta sel tersebut, hanya satu yang  akan dipilih sebagai juara, tidak ada tempat  kedua mahupun ketiga.
 
Bersaing dengan 250 juta peserta bukanlah satu  tugas mudah. Ditambah pula dengan beberapa  rintangan dan halangan yang sangat mencabar di  sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.  Secara kasarnya, jarak yang perlu ditempuh  untuk sampai ke destinasi iaitu dari pangkal  rahim ke tiub Fallopio kira-kira enam hingga  tujuh inci. Secara perbandingan dengan saiz  sperma, jarak yang perlu dilalui umpama  melengkapkan lebih 100 pusingan kolam renang  bersaiz taraf sukan Olimpik iaitu sejauh 60 kilometer.
 
Rintangan pertama yang perlu dilalui oleh sel-  sel tersebut sebaik sahaja keluar ialah pangkal  rahim. Kondisi pangkal rahim yang menghasilkan  cecair berasid sangat tidak sesuai untuk sel- sel kerana berisiko menyebabkan kebanyakan sel  terbunuh. Daripada 250 juta sel, hanya kira- kira 40 juta sel dapat melepasi halangan  pertama ini dan selebihnya akan mati.
Namun, rintangan yang perlu dihadapi tidak  hanya di situ. Sel-sel masih mempunyai jarak  yang sangat jauh untuk ditempuh sebelum sampai  ke destinasi. Terdapat pelbagai rintangan lagi  yang perlu ditempuh dalam perjalanan yang  begitu jauh dalam masa yang singkat. Dalam perlumbaan yang jauh itu, banyak sel yang  kecundang kerana kehabisan tenaga. Ada pula
yang mati kerana dibunuh oleh sel-sel darah  putih yang bertugas untuk menyaring bakteria  dan juga bendasing daripada memasuki rahim. Ada  pula yang tersesat ke arah lain dan tidak  sedikit juga yang tersalah arah dan berpatah  balik berpusing ke atas dan ke bawah seterusnya mati.
 
Secara puratanya, sel-sel ini hanya mampu hidup  selama tiga hingga lima hari. Namun, perlumbaan  perlu ditamatkan dengan segera kerana puratanya  sel-sel tersebut boleh sampai ke destinasinya dalam masa 45 minit hingga satu jam. Sesiapa  yang lewat akan kecundang, dan sesiapa yang  menang akan dapat hidup dan terus hidup menjadi  manusia!
Setelah 40 juta sel berjaya melepasi halangan  di pangkal rahim, sebahagian besar sel-sel  tersebut kecundang dalam perjalanan ke tiub  Fallopio atas faktor-faktor yang disebutkan  tadi. Daripada 40 juta sel, hanya kira-kira 100  sel yang berjaya sampai ke destinasi ovum.
 
Perlumbaan masih belum mencecah garisan  penamat. Hanya seorang pemenang akan dipilih  iaitu satu sperma sahaja yang akan masuk dan  mensenyawakan ovum untuk menjadi manusia. Untuk bersaing dengan 100 sel lawan bukanlah satu  tugas mudah, apatah lagi 250 juta sel lawan.
 
Dengan izin Allah s.w.t., satu sel sahaja yang  berjaya menerobos masuk ke dalam sel ovum dan  penyatuan berlaku. Satu sel tersebut ialah  kita. Kitalah juara! Klta telah menjulang piala  kemenangan sebagai permulaan berlakunya proses  untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi.
 
Kita Juara!
 
Betapa kita telah bekerja keras dalam amazing  race ini. Daripada 250 juta sel, kita termasuk  dalam 40 juta yang melepasi halangan pertama.  Dalam perlumbaan yang seterusnya, kita antara  100 yang berjaya sampai ke destinasi sejauh 60 kilometer. Dalam 100 sel yang sampai ke  destinasi, kitalah yang terbaik. Kitalah yang  berjaya membawa piala kemenangan untuk bertemu  dengan “permaisuri”, seterusnya bermulalah  proses untuk menjadi seorang manusia.
 
Apabila dua sel itu bertemu, maka sempurna  kejadian satu sel yang akan menjadi seorang  manusia. Maklumat genetik yang dibawa oleh  pemenang akan bergabung dengan ovum untuk  melengkapkan genetik seorang manusia. Daripada  satu sel, ia menggandakan diri dengan cepat menjadi dua, empat, 16 dan seterusnya. Sel-sel  tersebut terus menggandakan dirinya sehingga  menjadi segumpal darah, lalu membentuk seketul  daging. Sambil menggandakan dirinya, ia mula  bergerak dari tiub Fallopio ke dinding rahim  lalu menempel.
 
Subhanallah! Begitu ajaib proses kejadian  manusia menurut hukum Allah s.w.t. Pertemuan  dua sel yang terlalu kecil membawa kepada  peniupan roh oleh Allah s.w.t. dan seterusnya  menjadi manusia seperti kita. Dua sel yang  bercantum itu mampu hidup dan berkembang  menjadi manusia. Tidak mungkin proses yang  hebat ini berlaku dengan sendiri tanpa ada  kuasa yang mengawalnya.
 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Kami telah  menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak  membenarkan? Maka terangkan kepadaku tentang  nutfah yang kamu pancarkan. Adakah kamu yang  menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?”  (Surah al-Waqi‘ah 56: 57-59)
 
Apabila kita berasa lemah dan banyak kekurangan  berbanding orang lain, ingatlah bahawa kitalah  juara antara 250 juta peserta suatu ketika dahulu. Allah s.w.t. telah menciptakan kita  melalui satu proses yang sangat hebat dan  sempurna. Tentu sekali tujuan kita diciptakan untuk beribadat dan beramal soleh.
 
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk  yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan  dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).  Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal  soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak  putus-putus.” (Surah al-Tin 95: 4-6) Wallahu  a‘lam.
jobs from - my.neuvoo.com bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense
search terms:
karangan pelumbaan sperma,halangan sperma ke ovum,saiz tiub fallopio,perjalanan sperma ke ovum,percantuman sperma dan ovum,ohlimpik amazing race jk1m,kita juara perlumbaan sperma,kita juara,juara air mani,halangan yang perlu dilalui oleh sperma,satu perlumbaan hebat dan lebih hebat daripada mana-mana rancangan The Amazing Race yang pernah kita saksikan di dunia ini Perlumbaan ini disertai oleh 250 juta “orang” peserta

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment