Aku Hamba

taubat

SIAPA SEBENARNYA DIRI KITA? Apa tujuan kita dihidupkan dan ke mana akhirnya hidup ini? Persoalan-persoalan ini perlu dijawab, kerana ia menentukan tindak-tanduk kita dalam perjalanan hidup ini.
 
Aku, anda dan semua makhluk yang ada di muka bumi ini, semuanya hamba Allah. Allah yang menjadikan dan menciptakan kita. Mustahil itu semua terjadi sendiri tanpa campurtangan Allah. Walaupun pada lahirnya kita berbuat, bertinDak berfikir dan sebagainya, semua itu adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua. itulah keagungan dan kekuasaan Allah. Dan kita tetap sebagai hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa.
 
Menjadi hamba Allah memang bersesuaian dengan fitrah semua manusia. Buktinya setiap hati kecil manusia bersetuju dan sangat bahagia apabila orang memanggilnya sebagai ‘Hamba Allah‘. Tetapi ada orang cuba menggelarnya sebagai hamba selain Allah, seperti “hamba kereta’, ‘hamba harta”, “hamba betina“, dia akan marah dan melenting. Walaupun orang itu hidupnya sentiasa mengikut hawa nafsu, melakukan kemungkaran, memburu dunia sungguh-sungguh hingga lupa Allah, dia tetap tidak suka disebut hamba kepada apa yang diburu. Sebaliknya manusia suka kalau dipanggil ‘hamba Allah‘ walaupun dia ingat sangat dengan Allah, sembahyang seperti melepaskan batuk ditangga, berdoa tidaksepenuh hati, berbuat baik atau apa sahaja tidak diniatkan kerana menharapkan keredhaan Allah.
 
Begitulah fitrah manusia, suka untuk menjadi hamba kepada Allah. Cuma apakah kita benar-benar telah menjadi hamba Allah? Untuk menjawabnya kita perlu faham pengertian hamba yang sebenarnya.
 
Erti hamba itu seorang yang tunduk, patuh, berseiah diri, sentiasa taat, ikut arahan, memelihara daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuannya dan sanggup berkorban apa saja untuk tuannya.
 
Sikap lahir pula melambangkan sifat kehambaan yang bertapak di hati, iaitu rasa kekerdilan, kelemahan dan kedhaifan seorang hamba. Sementara sifat sombong, angkuh, ego, bangga diri, dan sifat-sifat keji yang lain tidak ada padanya.
 
Setelah diukur dan dibandingkan tindakan kita terhadap Allah, sudahkah kitamenyandang gelaran “Hamba Allah” itu?Sudahkah kita melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, yakni menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Sudahkah kita merasa kerdil diri, lemah, bodoh, dhaif, dan hina berbanding Allah, Tuhan atau Tuan kita ltu.
Apakah kita sentiasa merasa gerun glan takut pada Allah sebagaimana firmanNya :“Aku hanya takut pada Allah” (Al-Maidah:28)
 
Kalau belum kita patut bimbang, bagaimanalah kita di sisi Allah, entah dipandangnyamatau tidak muka kita yang tak malu ini. Kita mengaku menjadi  hamba Allah, tetapi tidak mengikut segala ketetapan Allah dan tidak menyerah diri sepenuhnya kepada Allah. Apa ertinya ikrar dan pengakuan kita jika kita tiada bukfi untuk Allah mengiktiraf kita sebagai hambaNya.
 
Jadi, wajarkah kita mendidik diri kita untuk mendapatkan rasa kehambaan itu. Mungkin pada peringkat awal kita periu memaksa-maksa diri seperti bertafakur seketika di tengah malam memikir tanggungjawab sebagai hamba Allah. Kemudian berusaha bersungguh-sungguh membuang sifat-sifat ketuanan seperti sombong, merasa diri hebat dan lain-lain. Kalau terlahir juga sikap itu, cepat-cepat beristighfar dan mengubah serta membaikinya.
 
Disini kita perlu sedar, penghalang besar bagi fitrah murni untuk tunduk dan benar-benar mengabdikan diri kepada Allah ialah nafsu dan syaitan yang berada di dalam diri. Kalaulah bukan kerana nafsu dan syaitan, nescaya manusia ini akan sentiasa merindui dan membesarkan Tuhannya dan sangat tt padaNya. Fitrah roh sudah kenal Allah dan mengaku untuk menjadi hambaNya, seperti FirmanNya : “Allah bertanya kepada roh: bukankah aku Tuhanmu? Mereka menjawab: Betul (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi.” (Al-A’raf:172)
 
Jadi kita perlu bermujahadah bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu yang memang sentiasa ingin ingkar pada Allah. Sesiapa yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah, mengabdikan diri kepada Allah dan bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya, akan mendapat ganjaran kebaikan dan tempat yang penuh nikmat di
syurga. Sebaliknya mereka yang enggan dan ingkar akan menerima azab yang pedih di neraka, wal’izubillah. Firman Allah:
 
“Adapun mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka itu Syurga Makwa sebagai tempat tinggal sebab perbuatan mereka itu. Dan adapun bagi mereka yang fasiq (perosak) maka tempat mereka adalah Neraka.” (As-Sajadah: 20)
 
Oleh itu eloklah kita berusaha sungguh-sungguh memupuk fitrah murni itu dengan mendatangkan rasa berTuhankan Allah dan
ingatkanlah diri kita bahawa…. “Aku hamba Allah”. Tanyalah diri selalu apa yang aku patut lakukan sebagai hamba Allah? Seterusnya berdoalah supaya Allah terima kita sebagai hambaNya yang diredhai dan dirahmati.
jobs from - my.neuvoo.com
search terms:
hamba allah istiqamat,badan diri aku hamba,cuma seorang hamba,jadi hamba allah,menjadi hamba kerdil di mata allah,siapa saksi kita sebagai hamba allah,syurga makwa

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • What you’re saying is completely true. I know that everybody must say the same thing, but I just think that you put it in a way that everyone can understand. I’m sure you’ll reach so many people with what you’ve got to say.

Leave a Comment